“Millionaire pun belum tentu ada peluang” ~ Amelia Henderson

40,679 views

Siapa yang tak kenal dengan pelakon jelita bernama Amelia Henderson. Dengan bakat yang sudah terbukti di kaca television, kecantikkan dan keberkesanan lakonan, membuatkan nama Amelia Henderson sering jadi tumpuan.

Dua faktor ini membuatkan ramai penerbit mahu mendapatkan khidmat Amelia Henderson, yang kini berumur 27 tahun, sebagai watak utama dalam drama.

Dengan popularity yang sedang dikecapi, Jadi tak hairanlah sekiranya jelitawan ini sudah mempunyai lebih dari satu juta pengikut di laman media sosial miliknya.

Baru-baru ini, Amelia Henderson ada muatnaik video yang menunjukkan transisi penampilannya, iaitu fesyen dari sekadar memakai baju tidur, kepada baju gaun untuk ke beach ketika sedang bercuti.

Video itu mendapat reaksi yang pelbagai dari para peminatnya.

Malahan ada peminat yang tertarik dengannya sehingga ada meluahkan rasa nak masuk meminang.

Ada yang menulis sekiranya dirinya seorang jutawan, dia dah lama menghantar rombongan untuk masuk meminang Amelia Henderson.

“Kalaulah aku ni seorang millionaire, dah lama aku memasuk meminang dia ni.” Tulis seorang pengguna laman media.

Melihat ada komen sedemikian, seakan dirinya memandang wang dan juga harta, Amelia Henderson lantas menulis reply kepada komen berkenaan.

Amelia Henderson mengatakan, sungguh pun seornag itu berstatus jutawan sekalipun, belum tentu lagi dia akan ada berpeluang menerima pinangan berkenaan.

“Kalaupun seseorang itu merupakan millionaire, tak semestinya dia pun ada peluang ya.” Balasan dari Amelia Henderson.

Kemudiannya, Amelia Henderson ada muatnaik satu lagi caption yang mengatakan wanita ini bukannya hanya sekadar satu objek berdasarkan wang atau harta semata.

Ini tulisan dari Amelia: “Golongan wanita bukanlah sesuatu objek untuk dijualbeli.”

Caption dari Amelia Henderson itu mendapat persetujuan dari orang ramai, bahawa tak semua wanita sedemikian rupa.

Dari komen, memang ada akui hal ini wujud, ada wanita yang memandang harta, namun bukan secara keseluruhannya.

Dari segi peribadi, Amelia Henderson pernah berkahwin pada tahun 2015 dengan kerabat bernama Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar.

Amelia Henderson kemudian dah berpisah dengan bekas suaminya itu pada tahun 2018.