DS Vida dah buat solat istikharah, yakin Iqbal jodohnya

3,802 views

Dato Seri Vida kini benar-benar yakin bahawa Ahmad Iqbal merupakan jodoh yang dicari-carinya setelah lama hidup single tanpa suami di sisi.

Malahan, Vida juga sudahpun buat solat istikharah meminta petunjuk dari Illahi tentang siapakan yang bakal menjadi suaminya.

Jelas ahli perniagaan ini, dia memang seratus peratus mahu berkahwin, dan semua ini bukanlah satu gimik untuk business mereka berdua.

Memang betul kami ni nak berkahwin. Bukannya kami main-main atau nak cari publisiti atau tumpuan saja. Saya rasakan memang jodoh saya kini dah pun sampai.

Saya dah pun berdoa, dan juga sudah buat solat Istikharah dan saya pasti bahawa Iqbal memang adalah jodoh kepada saya. Dia merupakan seorang lelaki yang jujur dan amat bertanggungjawab.

Sudah lama saya ni berkawan dengan Iqbal. Saya tidak minta banyak pun, tetapi harapnya semua dapatlah berdoa kepada kami agar ikatan perkahwinan kali ini akan berkekalan sampailag ke hujung nyawa.

Dato Seri Vida dikatakan merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Iqbal pada bulan Disember tahun 2021, dan ianya ada kaitan dengan Pelan Pemulihan Negara.

Dikhabarkan kemungkinan, pelan pemulihan ini menunjukkan ianya akan tamat pada bulan Disember dan Vida mahu perkahwinan yang gilang gemilang.

Memang benar bahawa saya nak majlis ‘wedding of the year’. Perkahwinan ni satu perkara yang bukan kita selalu buat. JIka pelan pemulihan dah habis, saya nak buat majlis besar-besaran tapi semua yang hadir kena lengkap dua dos dan patuh semua SOP. Tarikhnya belum lagi, nanti kemudian saya akan beritahu.

Jelas Dato Seri Vida, dia juga yakin, perkahwinannya ini turut akan mendapat perhatian bukan saja di Malaysia malah juga di negara jiran Indonesia.

Saya percaya, bukan hanya media tempatan yang hadir buat laporan tapi sampai media Indonesia pun sama akan pusu-pusu buat liputan.

Itulah komen dari Dato Seri Vida kepada portal Kosmo tentang perkembangan terkini hubungannya dengan Ahmad Iqbal.