Upload doa dari Ebit Lew, Harris Alif sahkan Intan Ladyana kini hamil anak pertama

6,282 views

Cakap-cakap tentang pelakon Intan Ladyana yang dikhabarkan sedang hamil anak pertama kini akhirnya telahpun terjawab.

Semalam, hal ini telah disahkan menerusi satu video yang dimuantaik oleh suami kepada Intan ladyana iaitu Harris Alif.

Menerusi video berkenaan, Harris Alif telah meminta dari Ustaz Ebit Lew untuk mendoakan khas buat isteri, Intan Ladyana.

Okey ustaz, ada doa tak untuk isteri saya.” Kata Haris kepada Ebit Lew. Kemudian Haris telah menulis caption ini: “Hadiah special dari Ustaz Ebit Lew untuk you sayang Intan Ladyana.

Pada mulanya Ebit Lew mendoakan agar kebahagiaan Harris dan Intan suami berkekalan sehingga ke jannah.

Selain itu, yang membuatkan hal kehamilan ini terbongkar ialah apabila Ebit berdoa juga tentang kandungan Intan Ladyana agar melahirkan zuriat yang solah dan solehah. Ini sekaligus mengiyakan bahawa sememangnya Intan Ladyana kini sedang hamil anak pertama mereka.

Semoga Harris dan Intan sentiasa bahagia sampai bila-bila, dan kematian pun tidak akan dapat dipisahkan sampailah ke syurga Firdaus nanti. Mudah-mudahan selamat insyaallah kandungannya anak soleh dan juga solehah, zuriat sampailah ke hari kiamat dan berbuat kebaikan atas dunia ini. Insya-Allah. Allah sayang. Untuk Haris dan Intan Ladyana.” Itulah doa penuh dari Ebit Lew.

Video ini turut mendapat perharian dan respon dari Intan Ladyana sendiri yang mana dia turut menulis komen mengaminkan doa berkenaan. “Amin.” Tulis Intan Ladyana ringkas.

Di ruangan komen, rata-rata terkejut dan gembira mendengar berita yang amat baik ini. Ramai memberi ucapan tahniah termasuklah rakan-rakan artis.

Tahniah diucapkan buat kedua-dua pelakon ini. Semoga segala urusan akan dipermudahkan. Untuk yang tidak ingta, Intan Ladyana, 39 tahun dan Harris Alif, 22 tahun telah bernikah pada bulan Februari tahun 2021.