DS Vida dakwa bekas suami tak beri nafkah sejak tahun 2008

2,688 views

Ahli perniagaan terkenal iaitu Datuk Seri Vida dikhabarkan ada membuat dakwaan bahawa bekas suaminya iaitu Mohd Amin, tak ada pun memberi nafkah bulanan kepada anak-anak kandungnya seramai empat orang setelah mereka berpisah.

Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah membuat dakwaan berkenaan menerusi satu laporan dari portal Kosmo Online.

Jutawan berumur 49 tahun itu, mengatakan tiada nafkah untuk anak-anak sejak berpisah pada tahun 2008 lagi. Untuk pengetahuan, Vida dan Mohd Amin dikurniakan empat orang anak namun dua orang anak mereka telah pergi buat selamanya pada tahun 2013.

Berkenaan tuntutan hak lawatan yang dibuat oleh Mohd Amin, Datuk Seri Vida telah pun melantik lawyer untuk menyelesaikan hal berkenaan. Malah bersedia untuk turun ke mahkamah.

“Saya kini sedang duduk bincang dengan lawyer. Dan jika perlu, saya sendiri akan datang ke mahkamah untuk bersemuka, dan ini adalah demi keselamatan anak-anak”

Sebelum ini pun, Vida ada mengatakan dia agak terkejut dan rasa keliru secara tiba-tiba bekas suaminya itu buat tuntutan sedemikian.

Apapun, Vida tetap mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyokonganya yang sentaisa mengambil berat dan sentoasa beri sokongan kepadanya berkenaan hal anaknya itu.

“Kepada semua, saya memang rasa keliru. Terima kasih di atas segala perhatian semua orang yang ambil berat berkenaan hal yang berlaku ini”.

“Memang saya sendiri masih rasa terkejut dan rasa keliru, tapi semua ini saya akan buat untuk keselamatan anak-anak”.

Sebelum ini Mohd Amin dikatakan kali terakhir bertemu dengan Cik B dan kacak sekitar dua tahun lalu di Perak. Perjumpaan itu hanya selama 15 minit sahaja. Cik B juga ada memberi komen sebelum ini, yang mana dia mahukan abahnya itu berubah sekiranya nak jumpa dengan dia dan juga Kacak.