Memang benarlah orang kata, cinta itu buta dan tak tengok pada usia. Di negara jiran, telah viral tentang satu kisah seorang warga emas kahwini seorang remaja.
Perkahwinan antara seorang lelaki berumur 78 tahun yang memperisterikan seorang remaja berumur 17 tahun. Kalau ikutkan beza umur mereka, dah boleh pangkat cucu, tetapi itulah jodoh namanya.
Kisah yang berlau di jawa, Indonesia ini bukan sahaja viral sebab perbezaan umur mereka, namun kerana hantaran yang diberika si suami kepada si isteri tercinta.
Yang viralnya, hantaran itu terlalu besar dan banyak sampaikan kena bawa dengan lori. Hantaran termasuk motor jenis Honda, sebuah tilam, set sofa, meja dan sebuah almari.
Dari laporan portal di negara jiran itu, pengantin lelaki bernama Abah Sarna dan isteri yang beza 61 tahun itu bernama Noni.
Kisah mereka mula jadi tumpuan setelah ramai upload gambar pengantin dan juga hantaran tersebut. Ini antara komen yang diberi
“Korang semua dah kalah dengan si abah, buat yang masih bujang tu, jangan kecewa dan iri hati ya”
Tentang pernikahan itu, Abah Sarna dikatakan telah memberi mas kahwin wang 10 juta rupiah.
Jom tengok gambar perkahwinan antara Abah Sarna dan juga Noni, serta barang-barang hantarannya.
Yang lebih sweet, percintaan mereka juga berlaku sebelum kahwin dan sebelum ini dikatakan pernah berpisah atau break, seperti percintaan orang muda.
Malahan ketika nak melamar, ibu bapa Noni dikatakan pada awalnya telah menolak pinangan dan mengatakan anaknya itu masih mahu belajar. Namun ternyata jodoh mereka amat kuat.
Ini komen dari pengantin lelaki selepas dia selamat bernikah dengan isteri yang jauh lebih muda itu. “Dah namanya lelaki dan duda dah 7 tahun, abah rasa amat rapuh diri dan memerlukan wanita di sisi, akhrinya selepas putus, kami sambung lagi (bercinta) dan akhirnya bernikah”.
Tahniahlah diucapkan buat pasangan pengantin baru ini.