“Saya ingat hari kedua pakai niqab, masa tu saya pergi..” Akhirnya Neelofa buka cerita

3,849 views

Neelofa, ikon remaja yang kini menerima pujian ramai kerana ketabahan hatinya untuk berniqab. Setelah mengambil keputusan ini, pengacara dan pealkon ini kini gembira dan selesa dengan imej yang ditampilkannya.

“Di negara kita, sikit saja, minoriti yang pakai niqab ni, oleh itu untuk berada antara kalangan ini merupakan satu cabaran besar. Namun, syukur, saya suka. Kini hidup lebih gembira, bangun pagi dan pakai niqab”.

“Masih saya ingat hari kedua saya pakai niqab ni, masa tu saya pergi kelas agama dan ustazah tanya apa yang perasaan? Saya akui rasa lebih free sekarang”.

“Orang kata pakai niqab macam dipenjarakan kerana dah tutup semuanya, namun sebaliknya yang saya rasa. Kini seperti lebih free untuk buat semua benda, seperti derdepan dengan orang ramai yang bukan muhrim dan buat sesi live dalam laman sosial. Saya rasa seperti kurang ada rasa bersalah”.

Neelofa sempat beri sebab kenapa dia tak ada pun nak ceritakan tentang keputusannya untuk berniqab, malah ianya dibuat secara tiba-tiba.

“Saya tak bersedia nak cerita sebab saya tak nak orang ramai di luar sana ada salah tafsir atau fikir yang perkara bukan-bukan. Ini satu keputusan yang amat peribadi yang saya buat. Tak ada siapa tahu, hanya diri saya saja.

“Antara yang membuatkan saya buat keputusan ini adalah setelah saya belajar, dapat ilmu dan pemahaman yang diperoleh dari kelas yang saya join”.

“Saya faham dan tahu, namun ada tertanya, patutkah saya tak hiraukan perkara ini atau saya akan amalkannya. Akhirnya, saya ikhlas nak amalkannya. Alhamdulillah, memakai niqab ni sebenarnya lebih mudah untuk dibiasakan”.

Neelofa akui bahawa semua kekuatan yang dia terima adalah dari Tuhan yang maha esa. Tanpa keredhaan dari nya, sudah tentu ianya akan jadi amat sukar.

“Apa yang terjadi ini semua bukan dari saya sendiri, tapi dengan izin Allah. Tanpa izin nya saya takkan pakai niqab. Allah mudah saja dan boleh tarik balik semua ini bila-bila masa”.

“Sebab itu, saya sentiasa doa supaya niat saya lurus. Saya bersyukur, di Malaysia ni saya ada pilihan dan boleh berniqab. Sebab ada negara yang tak beri kebenaran wanita pakai niqab”.

Dengan pemakaian niqab ianya dapat mendorong Neelofa untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

“Saya kena pakai sebab ia dapat elakkan banyak hal tak elok. Saya amat harap dengan imej baru ini boleh bentuk akhlak serta cara saya lihat sesuatu. Slowly, ini akan buatkan saya jadi insan lebih baik”.

Itulah antara kata-kata dari Neelofa menerusi satu perkongsan di laman Ig ketika ditanya rakan artis Uyaina.