“Duit saya tak sampai RM50 juta” Ahmad Iqbal

11,079 views

Kini nama ahli perniagaan Ahmad Iqbal begitu popular, siap boleh mengatasi selebriti lain. Sejak hubungan dengan Dato Seri Vida diketahui umum, nama Iqbal sentiasa disebut dan menjadi perhatian netizen dan juga pihak media.

Pelbagai isu yang terpalit kepada Iqbal, antara yang terbaru ialah menjadi peserta rancangan Big Stage tahun 2022.

Menerima markah yang rendah dari para juri, Iqbal hanya mampu bertahan selama dua minggu saja sebelum diumumkan sebagai peserta yang terkeluar.

Kalau tanya tentang Ahmad Iqbal ni, sudah tentu ramai yang tahu jejaka berumur 27 tahun ini seorang yang mempunyai banyak wang.

Namun ramai tertanya apa sebenarnya perniagaan Iqbal sehingga ada yang menuduhnya terlibat dengan aktiviti yang tak betul.

Iqbal menafikan hal berkenaan dan berkata semua kejayaan itu adalah hasilnya berniaga sejak beberapa tahun yang lalu. Ini komennya kepada portal Gempak.

“Oh tak (terlibat). Saya yakin sebab saya sentiasa menjaga data perniagaan saya. Saya sentiasa tahu banyak mana duit yang masuk, boleh tengok semuanya.”

“Hari tu pun kecoh, tentang statement saya, sebab ada kerosakkan di bank sebab terlalu banyak print. Memang real, itu memang business saya.”

“Saya cuma tak cerita pada orang saja, sebab saya ni bukannya orang yang menunjuk-nunjuk sebenarnya.”

Ditanya sejak bila mula bergelar sebagai jutawan, Iqbal hanya berkata dia mula mempunyai wang yang banyak sejak 5 tahun yang lalu.

“Saya rasa mula naik tu kira-kira sejak 5 tahun lepas. Tapi semasa tu duit saya tak konsisten lagi. Tapi sekarang ni tak sampai RM50 juta la.”

Itulah kenyataan dari Iqbal tentang wang yang dimilikinya hasil perniagaan yang dilakukan.

Selain berniaga, dan selepas bergelar penyanyi, kini Iqbal sedang sibuk dengan kerjaya barunya iaitu sebagai seorang pelakon. Iqbal akan berganding dengan Zul Ariffin dan Mimi Lana dalam drama yang diterbitkan oleh Erma Fatima.