Semua tahu ujian yang sedang dilalui oleh bekas isteri kepada Dai Farhan iaitu Dr Erin. Wanita berumur 42 tahun ini telah pun membuka tudungnya dan tampil free hair.
Ada beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim di laman Instagram miliknya yang mengejutkan para follower serta warganet.
Gambar itu merupakan foto ketika Dr Erin dan family bercuti di Tawau, Sabah. Memang jelas kelihatan Dr Erin sudah tidak lagi memakai hijab.
Pada hari ini, Dr Erin telah upload pula dua lagi keping gambar menunjukkan dirinya yang terkini. Foto itu diambil ketika Dr Erin di dalam kereta dengan rambut sedikit warna keperangan.
Dari caption, Dr Erin menyatakan dia adalah captain di dalam laut bergelora dan walau macam mana sukar pun dia tetap akan muncul jua.
Ini caption yang ditulis oleh Dr Erin.
Dikatakan petika itu merupakan kuota dari Captain Jack Sparrow, lakonan Johny Depp dalam filem terkenal Hollywood.
Menjengah di ruangan komen, warganet memberi komen yang pelbagai. Ada yang terus beristigfar melihat gambar terkini Dr Erin.
Ada juga yang memberi komen jujur mengatakan bahawa lebih moleh sekiranya Dr Erin kembali memakai tudung.
“Astaghfirullahalazim, semoga akmu akan bertemu hidayah semula. Umur dah semakin meningkat patut kena tingkatkan lagi iman itu.” Tulis netizen bernama Na Diana.
Warganet bernama Fadilove pula memberi komen: “Kepada semua, hijab bukan tentang nampak cantik atau tak cantik. Aurat tu tetap wajib, itu merupakan perintah.”
Irasafira pula berpendapat: “Jujur saya nak cakap, memang lagi cantik jika sis ni pakai tudung.”
Tak kurang juga beberapa netizen yang sempat lagi memerli Dr Erin terutama menggunakan ayat atau perkataan seperti aura.
“Makcik pakai tudung nampak lagi baik aura dia.” Tulis netizen bernama Mieyaa Jamal.
Sebelum ini Dr Erin akui dirinya sedang diuji dan dia pun tak minta untuk jadi sebegitu. Menjawab soalan dari warganet, Dr Erin akui masih lagi menjalan tanggungjawab sebagai muslimah dan tak tinggal solat lima waktu.