“Eina Azman, suami dirujuk doktor pakar” Ini kenyataan pengarah hospital

2,542 views

Selebriti Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser telah menerima suntikan vaksin beberapa hari lepas.

Namun ianya menjadi viral kerana ada beberapa pertanyaan dari netizen. Antara kenapa sampai ke negeri Perak, Eina Azman dan suami pergi untuk dapatkan suntikan.

Kemudian ada juga persoalan, yang mendakwa pasangan suami isteri ini telah memotong queue untuk di vaksin.

Hari ini satu kenyataan telah dibuat oleh pengarah hospital berkenaan iaitu Dr Abdul Malek Osman, pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun yang mengulas tentang isu penerimaan vaksin oleh Eina Azman dan suaminya.

Kenyataan ini dikongsi oleh laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Maklumbalas tentang dakwaan potong queue untuk terima suntikan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh oleh seorang artis tempatan dan suaminya.”

“Dari semakan yang dibuat, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan berkenaan adalah berdasarkan kepada rujukan dari doktor pakar yang merawat pasangan ini di atas masalah kesihatan dan comorbid yang dihadapi oleh mereka berdua.”

“Tiada istilah isu memotong queue dalam suntikan vaksin kepada mereka kerana pasangan berkenaan telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar. Rawatan adalah dalam kumpulan yang kumpulan berisiko tinggi.”

“Disahkan mereka berdua terima suntikan vaksin di PPV, Hospital Raja Permaisuri Bainun pada tarikh 25 Mei 2021, hari Selasa. Kenyataan penuh oleh Pengarah HRPB, Dr Abdul Malek Osman.”

Itulah kenyataan dari pengarah hospital.

Dengan ini, Eina Azman dan suaminya itu rupanya termasuk dalam golongan mereka yang mempunyai high risk.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh Eina Azman tentang hal ini. Di laman media sosial, Eina turut telah menutup ruangan komen setelah menerima banyak komen dari para netizen.