Datuk Siti Nurhaliza, Datuk K, UAI, Ustaz Don, Dr Zulkifli dikenakan kompaun

2,546 views

Ini perkembangan terkini tentang isu melibatkan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang pernah menjadi topic hangat berkenaan pelanggaran SOP.

Hal berkenaan disuarakan netizen setelah tersebarnya foto majlis tahnik anak kedua Siti Nurhaliza tak lama dulu.

Disahkan bahawa Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kedua-duanya telah dikenakan kompaun denda sebanyak RM10,000.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Tambah pihak polis, ada beberapa lagi yang turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Mereka semuanya hadir di majlis tahnik anak Siti Nurhaliza itu. Antaranya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama iaitu Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penceramah dan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan nama UAI, Ustaz Don Daniyal serta Ustaz Iqbal.

Selain itu Datuk Arjunaidi turut memaklumkan, anak kepada Datuk K seramai tiga orang turut dikenakan denda dengan jumlah yang sama iaitu RM2,000 setiap seorang..

Ketua Polis Selangor telah membuat sidang media senentar tadi mengesahkan perkembangan terbaru ini.

Kisah majlis yang dianjurkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid menjadi topik hangat setelah ada segelintir mempersoalkan beberapa isu tentang majlis tersebut.

Ini termasuk persoalan dari netizen tentang bagaimana tetamu boleh hadir ke majlis seperti itu selain boleh merentas negeri dan adakah penyanyi berkenaan tak peka dengan situasi wabak yang semakin menular.

Majlis itu dibuat pada tarikh 26 April sempena kelahiran anak kedua Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa di rumah mereka di Nukit Antarabangsa, Ampang Selangor.

Pada 3 Mei, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya mengesahkan siasatan telah dijalankan setelah menerima report tentang majlis berkenaan.