Farra dah putus hubungan dengan Shuk

3,479 views

Wanita yang dikenali dengan nama Farra tampil membuat kenyataan bahawa hubungannya dengan Shuk Sahar kini sudah pun tamat dan telah berakhir.

Farra berkata bahawa dia dan Shuk tidak lagi ada sebarang hubungan ketika ini. Ini komen Farra: “I sekarang tak ada sebarang hubungan dengan dia, senang cerita tiada apa-apa dengan dia.”

Wanita berumur 28 tahun ini memberi kenyataan sedemikian ketika ditanya oleh pihak wartawan yang berjumpa dengannya di balai polis Mutiara Damansara.

Farra telah hadir ke balas polis untuk membuat report polis setelah nombor telefonnya tersebar melalui video yang dimuatnaik oleh isteri Shuk Sahar di laman IG Rossa Sera.

Video itu menunjukkan rumah Farra dan juga nombor telefonnya ketika berbual dengan Shuk Sahar.

Farra mendedahkan sejak video itu viral, maklumatnya tersebar dan dia telah menerima banyak mesej dari orang yang tak dikenali.

Saya dapat pelbagai mesej dari aplikasi WhatsApp, dan ada yang call saya. Hari ini saja saya dapat seribu mesej. Oleh itu, saya kena buat report polis.”

Hal ini berlaku setelah video saya menunjukkan maklumat saya dimuat naik di media sosial, dalam video tu nampak nombor telefon saya dan juga rumah saya.”

Ada yang tunggu kat rumah dan tunggu kat lobi. Saya sungguh kecewa setelah nombor telefon jadi viral.”

Tentang kedatangan isteri Shuk Sahar ke rumahnya, Farra akui kejadian itu berlaku pada jam 2 pagi hari Sabtu yang lalu. Isteri Shuk mahu masuk ke rumah namun Farra tidak memberi kebenaran kepadanya.

Kejadian berlaku pada hari Sabtu pukul dua pagi, dia datang dan paksa saya untuk buka pintu, kemudian saya minta dia call pihak berkuasa seperti Jais atau pihak polis. Biarlah pihak berkuasa yang check rumah saya. Itu rumah saya hak saya.”

Kemudian saya ada offer dia, untuk buat video call dan saya buat home tour. Tapi dia refuse semua benda tu, dia tetap nak masuk.”

Untuk info, Shuk berkahwin dengan Rossa Sera atau nama penuhnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan mempunyai dua orang anak.