Adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan kini dilihat dalam fasa penghijrahan yang mana kalau dilihat, remaja ini telahpun memakai tudung sejak beberapa bulan ini.
Sememangnya ramai yang memuji penghijarahan adik Neelofa ini, namun baru-baru ini, ramai yang telah mempertikaikannya.
Ini gara-gara satu gambar yang dimuatnaik oleh Ameera Khan di laman media sosial milknya baru-baru ini.
Dari gambar berkenaan, Ameera yang lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan, jelas memakai pakai yang agak sendat walaupun memakai tudung. Ameera juga memakai gaun yang pendek iaitu di atas lutut tetapi memakai stokin panjang menutup bahagian kakinya.
Pakaian yang terlalu sendat itu memang jelas telah memperlihatkan tubuh badannya dan ini sekaligus membuatkannya menerima banyak komen dari para netizen dan followernya.
Memang ramai yang tulsi komen, mempersoalkan kenapa gadis berumur 21 tahun ini memakai pakaian sedemikian kerana tak sesuai dengan imej terbarunya.
Ada juga yang sampai mengatakan sekiranya belum bersedia untuk berhijrah lebih baik tak perlu memakai hijab.
Ini antara komen-komen dari netizen kepada Ameera Khan.
Sebenarnya ramai juga yang mendoakan agar Ameera diberi lebih banyak hidayah selepas ini dan ada mendoakan agar dia dapat ikut jejak kakaknya yang benar-benar berhijrah sampai memakai niqab.
Dari apa yang dilihat, Ameera Khan sebenarnya sedang menjalankan tugasnya saja untuk satu jenama pakaian terkenal antarabangsa, tetapi mungkin selepas ini boleh lebih berhati-hati ketika memilih pakaian untuk ditayangkan kepada public.
Sebenarnya, ini kali kedua Ameera Khan muatnaik gambar memakai baju ketat kerana beberapa meinggu lalu, Ameera ada upload satu foto menunjukkan bajunya yang ketat namun tak lama kemudian telah delte gambar berkenaan.
Semoga didoakan Ameera Khan akan berjaya dunia akhiat.