“Caprice apa kau buat ni, hancur hidup kau” Nabila Huda

7,072 views

Kisah antara Caprice dan Ustaz Ebit Lew turut mendapat perhatian ramai artis dan selebriti tanah air.

Sebelum ini pelakon bersuara lantangm Sharnaaz Ahmad ada sound dan menegur Caprice tentang hal ini secara berdepan dan bersiaran langsung live yang disaksikan sebanyak 250k orang.

Kali ini giliran pelakon Nabila Huda pula menegur Caprice.

Nabila Huda yang lebih mesra disapa dengan nama Abil meminta Caprice untuk bertenang dan menyatakan ada sebab kenapa jalannya ke Gaza tidak dibuka.

Caprice juga dinasihati agar terima takdir walaupun tak diberi peluang untuk masuk ke Gaza, Palestin seperti yang dirancangnya.

“Sudah tentu ada sebabnya kenapa mengapa Allah tak buka jalan untuk masuk ke sana. Namun begitu mengapa nak buka aib orang lain.”

“Apa yang kau buat ni dik, dah hancur hidup dan masa depan kau. Kita ni biarlah terkenal kerana bakat dan juga kebaikan bukannya terkenal sebab kebodohan atau kesilapan yang berulang.”

“Kalau tak lepas, kena redha. Kau ni selalu bercerita pasal kemanusiaan, tapi diakhirnya kau yang pecah-belahkan ummah sampai terjadinya spekulasi dan boleh jadi fitnah.”

Kata Nabila Huda, sebagai selebriti dan seorang yang ternama, seseorang itu kena jaga adab dan tak bersikap kurang ajar.

“Janganlah nak kurang ajar dan kena sentiasa down to earth, merendah diri. Ini kena ada dalam diri barulah hidup aman sentosa.”

Nabila juga berkata lagi tentang spotlight dan juga masalah mental akan jadi isu nanti.

“Individu yang tak pernah dapat perhatian sehebat macam ni. Hal inilah yang saya selalu ingat sungguhpun dah terkenal.”

“Selepas tu nanti akan cakap statement seperti ada kemurungan. Kau yang buat hal tapi tak dapat nak terima kata-kata orang yang teruk. Cuba kalau tiada hal, maka takde lah orang nak mengata.”

“Drama dah mula, makan pil nak tidur kerana dah penat fikir pasal Palestin dan isu berjihad. Sila lah berjihad untuk negara sendiri dulu.”

Itu antara komen-komen dari Nabila Huda, anak kepada penyanyi lagenda Amy Search.