Foto: Emma Maembong dedah wajah baby sulung

39,604 views

Pelakon jelita Emma Maembong dikatakan telah selamat bersalin baby boy, anak sulungnya baru-baru ini. Ianya mula dilaporkan oleh portal berita tanah air sejak dua hari ini.

Namun tiada langsung foto atau kenyataan dari Emma Maembong dan juga suaminya Shazli Azhar.

Malahan, kesemua adik-beradik Emma Maembong, dilihat mengambil pendekatan mendiamkan diri tentang kelahiran yang ditunggu ramai peminat Emma ini.

Akhirnya, suami kepada Emma Maembong iaitu Muhammad Shazli Azhar telah memuatnaik satu video memperlihatkan wajah anak sulungnya itu.

Wajah anaknya itu jelas kelihatan menerusi video loop berdurasi 15 saat itu. Dapat dilihat Shazli mendukungnya bersebelahan Emma Maembong, ketika itu masih di hospital.

Diruangan caption, Shazli menulis anaknya itudilahirkan pada tarikh 8 November 2020, hari Ahad yang lepas. Kalau dikira, kini umur anaknya itu dah masuk hari kesepuluh.

Jom tengok wajah baby sulung Emma Maembong dan Shazli ini.

Diruangan komen, ramai yang mula menulis ucapan tahniah selain mendoakan agar kedua Emma Maembong dan babynya sentiasa dalam keadaan sihat.

Jom tengok lagi gambar baby sulung Emma Maemong (Klik di sini)

Ada juga yang menulis bahawa mereka dah tak sabar nak tengok wajah baby boy itu.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan pasangan ini dan family sudahpun membuat satu majlis doa selamat dan juga majlis aqiqah untuk anaknya itu.

Di laman Youtube Emma Maembong, sebelum ini, video terakhirnya adalah ketika majlis pengumuman jantina bayi, atau baby gender reveal. Yang mana mereka mengumumkan akan menimang baby lelaki.

Sehingga kini, Emma Maembong masih belum ada mendedahkan sebarang info dan maklumat tentang kehadiran anaknya itu, mungkin sedang berehat dan memerlukan sedikit masa.

Untuk info pasangan, Emma Maembong dan Shazli Azhar telah disatukan secara tertutup pada 20 Februari tahun ini, tahun 2020, sebulan sebelum PKP. Shazli merupakan seorang pilot, atau juruterbang.