Ini kata-kata Emma Maembong selepas selamat bergelar ibu, suami mengalir air mata sayu

3,502 views

Pelakon Emma Maembong dan suaminya Shazli Azhar kini dalam fasa penuh keterujaan, apabila mereka menerima kehadiran cahaya mata pertama.

Sebagai pasangan suami isteri yang baru, kehadiran anak adalah kurniaan yang terlalu tinggi nilainya.

Emma Maembong akhirnya telah membuat ucapan khas tentang kehadiran anak lelakinya itu yang dilahirkan pada 8 November lepas.

Jom baca komen dari Emma Maembong yang dibuat melalui Ig miliknya semalam.

Pada tarikh 8 November 2020, syukur alhamdulillah, Emma telah selamat  gave birth to a healthy baby boy. Berat baby sewaktu dilahirkan ialah 3.2kg. Baby dilahirkan di hospital Umra pada jam 2.38am secara normal labour”.

Apa yang sayang nak ungkapkan ialah, saya sayang sangat kamu berdua (suami dan anak). Terima kasih ya Allah untuk segala pengalaman dan memori indah yang amat berharga ini, which I would cherish for the rest of my life”.

Emma Maembong jug ada muatnaik beberapa foto kenangan selepas sahaja selamat melahirkan baby sulungnya itu.

Ada satu gambar yang mana Emma Maembong telah upload gambarnya dengan wajah semula jadi, tanpa sebarang mekap, ketika mendukung anak sulungnya.

Memang gambar itu terus menerima pujian dari orang ramai, yang mana Emma Maembong memang cantik, dan tak perlu bersolek pun untuk melahirkan anak.

Emma juga ada upload detik ketika suaminya Shazli mendukung baby sulung mereka dan dapat dilihat Shazli mengalirkan air mata rasa sayu dengan kurniaan berkenaan.

Ramai juga menulis komen, memuji kecomelan baby Emma Maembong itu, dan tak sabar nak tengok kekacakkan bayi berkenaan ketika meningkat dewasa.

Tentang nama baby berkenaan, sebelum ini, Alvin Chong ada hadir melawat baby Emma Maembong, dan ada menulis nama baby itu ialah Shariq. Namun sampai sekarang Emma belum lagi umumkan nama penuh anaknya itu, kita tunggu nanti.

Selamat berpantang untuk Emma Maembong, didoakan agar semua urusan dipermudahkan. Selamat datang ke dunia ibu bapa, semoga bertambah bahagia dengan hadirnya anak dalam familynya.