Gadis ini viral tengah cari jodoh, suka lelaki pakai spec

5,547 views

Zaman IT serta zaman yang serba moden membolehkan kita semua tak kira lapisan usia menyebabkan ada di antara dalam kalangan masyarakat kita bertemu jodoh serta berkahwin melalui media sosial.

Malah, ramai sebenarnya dalam golongan komuniti kita bertemu dengan pasangan hidup mereka sehingga membawa ke jinjang pelamin.

Dengan kehebatan teknologi media sosial yang kian meluas digunakan ada seorang gadis cantik telah memuat naik status bagi mencari calon suami di laman Twitter.

Akibat daripada tindakan yang dilakukan oleh nya itu, dia telah mendapat beratus mesej daripada jejaka yang mahu mencuba nasib dan paling menarik adalah ada juga suami orang juga cuba mengorat dia.

Melalui status pencarian calon suami itu, dia menyatakan bahawa dia mahu mencari jodoh dan antara ciri-ciri yang dia mahukan ialah lelaki yang memakai cermin mata.

Menurut gadis ini juga, kenapa dia mahukan calon lelaki yang memakai cermin mata kerana dia suka melihat lelaki bergitu seperti pelakon Azwan Kombos jelasnya. Serta lelaki itu juga harus lebih matured darinya disamping mempunyai budi pekerti yang tinggi.

Jelasnya lagi, tindakannya itu sememangnya serius kerana dia menamatkan zamaan bujangnya serta gemar melihat baju-baju pengantin serta pelamin yang cantik.

Gadis ini telah mendapat beratus mesej daripada lelaki bujang malahan ada juga lelaki yang telah berkahwin mencuba nasib dengan menghantar mesej kepadanya sampaikan dia berasa takut.

Disebabkan terlampaau banyak kiriman mesej dia turut menyatakan bahawa dia akan lebih berhati-hati dan akan memilih dan mempertimbangkan berberapa calon suami yang baginya sesuai

Gadis yang bernama Sarah ini juga menegaskan bahawa dia bukanlah perempuan high maintenance seperti yang di dakwa sesetengah netizen. Dia dan keluarganya tidak kisah tentang hantaran dan menerima dengan seikhlas hati jelasnya.

Akibat dari status yang telah mendapat lebih 2, 600 kicauan serta 4, 100 like semenjak diupload. Ada juga segelintir netizen juga telah memberi komen terhadap status tersebut.

Semoga apa yang di hajati dan dilakukan gadis ini untuk mencari pasangan hidupnya akan tercapai dan semoga Sarah dapat mencari calon suami yang terbaik buatnya. Tak salah jika seorang wanita mencari teman pasangan hidup asalkan dia suka dan gembira dengan pilihanya.