Saya hilang kata-kata, rasa kosong – Luahan hati Sharnaaz Ahmad

4,697 views

Untuk jaga perasaan oleh kedua-dua pihak keluarga, Sharnaaz Ahmad memberitahu dia masih lagi tak sedia nak share dgn lanjut tentang status perkahwinan dengan isteri, Noor Nabila, yang juga kakak kepada selebriti popular Neelofa.

Jelas Sharnaaz Ahmad, dia risau jika ada percakapan atau komennya itu kelak hanya akan mengeruhkan lagi keadaan yang sedang melanda rumah tangganya.

“Sekarang ni sy masih belum sedia nak cerita tentang kisah ini sbb ia hanya andaian, jadi tk berani nk ckp, nanti takut akan mudaratkan lagi keadaan.

“Sy tau, saya ada banyak cakap ttg benda macam ni tapi ini soal keluarga, sy tak nk cakap lebih lanjut. Ape yg sy tau hari ini ramai org telefon tanya dan cakap ttg kes ni”

Kata Sharnaaz Ahmad, walau apa yg berlaku dalam kes perkahwinannya dengan Nabila, keutamaannya tetap terhadap anaknya iaitu Jebat.

“Walau apa pun yg terjadi, Jebat (anak mereka) ttp akn berada di sisi sampai sy tutup mata. Buat kali pertama dlm hidup, sy tak dapat nak mengungkapkan perasaan sendiri, ketika ini. Sy seperti kehilangan kata-kata dan tak tau nk ckp apa. Sy rasa kosong. Apa yg terbayang dlm fikiran ialah anak saya. Itu saja”

Diimbas kembali, pasangan ini mula jadi buah mulut dan tanda tanya apabila Noor Nabila dikatakan memfailkan perceraian setelah memuat naik sekeping gambar dipercayai ketika berada Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta. Gambar itu telah diupload di Instastory miliknya baru-baru ini.

Gambar seperti itu lantas telah mengundang spekulasi dari makcik dan pakcik bawang. Kakak kepada Neelofa itu juga didakwa ada memuat naik status yg dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya sedang alami masalah dalam bahtera perkahwinan dengan Sharnaaz.

Sebelum ini memang dah ada timbul cakap dari orang sekeliling kononnya perkahwinan Sharnaaz dan Nabila sedang ada dilanda badai, akan tetapi ramai ingatkan hubungan mereka telah pulih apabila ada gambar bersama tak lama dulu.

Dari info, Sharnaaz dan Nabila disatukan pada tarikh 31 Mac 2017 dan mereka telah dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.