Gadis viral, Wani Comel buat report polis, dakwa jutawan kosmetik aniaya dirinya

5,375 views

Sebelum ini, sorang gadis bernama Wani pernah viral berkenaan beratnya yang mencecah 300 kilogram. Gadis berumur 23 tahun ini kini telah buat satu kenyataan melibatkan seorang jutawan kosmetik kerana memanipulasi dan aniaya dirinya.

Gadis yang mesra disapa Wani Comel memberitahu, dia rasa seperti kena manipulasi dan tak dapat sebarang faedah termasuk bayaran yang dijanjikan oleh jutawan kosmetik berkenaan.

Jelas Wani, dia di approach oleh jutawan kosmetik pada tahun lepas, dan dilantik sebagai duta untuk produk. Namun Wani Comel kena buat surgery di bahagian perut dulu iaitu pembedahan bariatric.

Selepas selesai buat surgery bariatric di ibu kota sekitar bulan Ogos, Wani Comel telah tanda tangan kontrak dengan pihak jutawan berkenaan. Namun Wani Comel akui dia tak tahu sangat tentang isi kandungannya.

Namun sejak buat pembedahan bariatric, segala urusan melibatkan rawatan susulan dibuat sendiri oleh Wani Comel tanpa diberikan wang pembiayaan yang dijanjikan.

Semua rekod kesihatan berkenaan surgery bariatric itu turut dipegang oleh pihak usahawan berkenaan.

“Saya fikirkan soal family sebab pihak usahawan bergelar jutawan itu dah janji nak membantu saya dari segi kewangan.

“Namun saya tak ada dapat sebarang bentuk bantuan seperti yang telah dijanjikan. Lebih sedih, saya hanya terima upah kurang dari RM1000 selepas terlibat dengan pembikinan kandungan video tentang produknya”.

Wani Comel mendedahkan dia terpaksa buat report polis demi nak menjamin keselamatan diri selepas wakil jutawan berkenaan datang dalam keadaan marah dan telah koyak kontrak yang telah ditandatanganinya.

“Saya telah dimarahi oleh pihaknya hanya sebab saya telah terima bantuan dari pihak lain”.

 “Hal ini membuatkan saya murung malah terima pelbagai komen yang kurang baik dan tuduhan tak berasas dari orang ramai dan juga netizen”.

“Ada yang label saya sebagai tak kenang budi, malas dan hanya harapkan bantuan orang lain semata-mata”.

Wani Comel tampil bersama lawyer ingin tuntut semula pampasan yang telah dijanjikan dan mahu kontrak dibatalkan.

“Tunaikanlah apa yang telah dijanjikan pada saya, saya ni kan manusia. Saya bukan binatang, bukan anak lembu atau anak kucing”.

Selain itu, Wani Comel berharap dengan pendedahannya itu, ianya akan turut dapat membersihkan namanya.