Kerjalah dik Wani, dah boleh jalan tu carilah rezeki, ini respon Dato Aliff Syukri

32,470 views

Kisah antara Wani Chomel dan seorang jutawan kosmetik telah tular semalam, setelah gadis dari Pahang ini membuat satu siding media. Wani mendedahkan bahawa dia rasa tertipu dengan jutawan kosmetik berkenaan, dan membuat tuntutan apa yang dijanjikan kepadanya.

Akhirnya jutawan kosmetik berkenaan tampil memberi sedikit komen balas. Jutawan berkenaan ialah Datuk Seri Aliff Syukri.

Melalui laman media miliknya, Aliff Syukri memberi sedikit komen menerangkan beberapa hal yang terjadi dalam isu ini.

Pertamanya, Aliff Syukri mendedahkan memang dia ada buat inisiatif satu pembedahan kepada Wani Chomel, dan sememangnya dia menghebahkan hal berkenaan pada tahun lepas. Hal ini untuk kebaikkan Wani Chomel juga.

Saya dah lama beritahu di laman FB yang mana saya buat surgery bariatic pada Wani Chomel atas nasihat dari pihak doctor. Saya ada post tentang hal ini pada tarikh 19 ogos 2019. Pihak doctor berkenaan turut ada post tentang hal ini”.

Ada foto screenshot Wani Dhomel di hospital semua. Benda ni sudah lama kenapa baru nak cerita sekarang ni, awak ketinggalan ke? Lain kali jika nak kenakan orang buatlah research habis-habis, jangan separuh jalan saja”.

Hari ni saya cerita sikit sahaja, nanti pada hari Isnin ini, saya akan beri detail, voice dan aggrement. Kemudian, akan cerota apa tindakan saya terhadap pihak-pihak yang ambil kesempatan mahu lihat saya jatuh ni, kita tunggu Isnin. Penat layan orang macam ni, saya mahu berniaga, saya tak kacau orang lain pun”.

Aliff Syukri juga memberi nasihat kepada Wani Chomel agar mencari kerja kerana keadaannya semakin baik, malah dah boleh berjalan berbanding sebelum ini.

Kepada Wani Chomel terima kasih banyak-banyak ye, awak nak saman saya? Kerjalah adik wani sayang oi. Sekarang kan dah boleh jalan, carilah rezeki. Orang lain kerja siang malam, pagi petang nak cari rezeki untuk family, awak nak harapkan duit bantuan sampai bila?

Sepanjang rawatan pada Wani, semua kos saya tanggung. Ini termasuk pembayaran coach therapy kaki. Juga semua makan, tempat tinggal, saya yang tanggung. Seposen pun saya tak ada minta duit awak Wani Chomel. Janganlah nak menangguk di air yang keruh”.

Kita lihat siapa yang kena saman nanti dan rasanya korang semua tahu siapa cucuk Wani Chomel ni kan, rasa siapa agaknya”.

Dari komen Aliff Syukri itu, dia ada memberitahu bahawa ada pihak yang mencucuk Wani Chomel untuk buat pendedahan berkenaan, hal ini terus jadi buaan ramai yang nak tahu apa kes sebenarnya. Kita tunggu hari Isnin depan, siding media dari Aliff Syukri pula.