Haqiem Rusly beli Mercedes RM290,000. Baik beli rumah, kata netizen

2,637 views

Penyanyi yang semakin popular di Malaysia, Haqiem Rusli berjaya membuatkan ramai membuka mata setelah selesai urusan membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz.

Kereta yang dibeli oleh Haqiem Rusly itu adalah jenis suv iaitu Glc 200 yang harganya mencecah RM290,000.

Gambar kereta Mercedes itu telah dimuatnaik oleh penyanyi ini semalam di laman media sosial.

Haqiem memilih warna silver, memang nampak amat cantik, elegent dan mewah. Di ruang caption, Haqiem Rusly menulis reward yourself, syukur.

Bagi penyanyi ini, pembelian kereta ini adalah sau tanda penghargaan atas usaha dirinya sendiri selama ini yang bekerja keras sebagai penyanyi dan juga composer lagu.

Malah Haqiem memilih kereta Mercedes berbanding kereta mewah lain seperti BMW atau Range Rover kerana dia memang minat jenama berkenaan.

“Syukur, alhamdulillah, semua adalah rezeki dari Allah. Sebelum ini memang saya ada buat survey kereta dan ini termasuk kereta jenama BMW dan Range Rover, namun yang saya beli ini merupakan pilihan saya”.

 “Sebelum post kat laman media, saya ada fikir nanti orang kata nak menunjuk, namun niat sebenar saya ialah untuk beri inspirasi buat semua”.

“Mendapat kegembiraan tak salah untuk kita kongsikan pada semua dan semoga ia jadi pembakar semangat untuk orang di luar sana”.

Setelah membeli kereta ini, Haqiem Rusly akui dia tak boleh lagi nak pandu kereta berkenaan, kerana sebenarnya dia belum lagi memiliki lessen kereta.

“Ayah saya pun amat suka kereta ni. Memandangkan saya belum ada lesen pandu kereta, oleh itu kereta Mercedes ini akan dipandu oleh ayah saya. Kalau ada job, saya akan minta tolong manager untuk pandu kereta”.

Nombor plat kereta berkenaan turut dipilih berdasarkan tahun hari lahir Haqiem iait tahun 1998.

Diruang komen ada juga yang beri respon tahniah kepada penyanyi muda ini. Namun ada juga melahirkan kerisauan terutama ketika ekonomi yang dah tak menentu kerana adanya wabakpandemik yang sedang melanda di waktu ini.

Ada juga mengatakan membeli rumah adalah lebih baik, kereta harga dan nilaikan akan sentiasa naik.

Apapun, tahniah buat Haqiem Rusly, muda-muda dah berjaya beli kereta mewah. Ini satu pencapaian yang amat hebat.