Kemangkatan anakanda Sultan Brunei, iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim Bolkiah mengejutkan rakyat jelata di negara berkenaan dan juga di serata dunia.
Pada tarikh 24 Oktober, putera berkenaan disahkan telah pergi buat selamanya, namun puncanya masih tidak diketahui.
Akhirnya adiknya iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen tampil memberitahu apa punca sebenar kemangkatan abangnya itu.
Pengiran Abdul Mateen mengesahkan bahawa arwah abangnya ada hidap satu penyakit dinamakan vaskulitis sistemik iaitu sejenis penyakit autoimmune. Ianya mula didiagnose pada awal tahun ini.
Ini kenyataan dari Prince Mateen: “Pada awal tahun ini, abang saya Azim, telah disahkan ada penyait severe systemic vasculitis. Ianya adalah satu penyakit autoimmune. Ini menyebabkan system imun dan antibody telah menyerang tisu badannya sendiri“.
“Dalam masa yang sama juga, abang saya ada alami gangguan bipolar, sekaligus membuatkan perjuangan untuk penyakit ini jadi semakin sukar.
“Akhirnya abang disahkan telah alami banyak kegagalan fungsi organ kerana jangkitan kuman akibat dari autoimmune dan ini menjadi punca kemangkatannya pada pagi 24 Oktober“.
“Saya dedahkan segala info tentang penyakit ini sebab saya tahu inilah yang mahu dilakukan oleh abang saya.
Itulah pendedahan punca kemangkatan putera kedua Sultan Hassanal Bolkiah dan Hajah Maria, pada usia baru mencecah 38 tahun.
Pada pagi Sabtu lalu, rakyat Brunei dikejutkan dengan berita kemangkatan putera kedua itu pada usia 38 tahun.
Prince Mateen turut sempat berkongsi cerita yang mana dia sentiasa rindu dengan telatah abang yang disayangi itu. Baginya, abangnya banyak mengajarnya erti kehidupan ini.
Pangiran Muda Mateen turut berterima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan takziah buat abangnya, dan berkata mereka sekeluarga dalam keadaan okey, walaupun diketahui keluarga diraja kini bersedih atas kehilangan Pangiran Muda Abdul Azim. Inalillah, alfatihah.