Harap mama tak bertemu jodoh lain, kalau tak mama hanya lebihkan ayah tiri

2,597 views

Datuk Seri Vida dan anaknya iaitu Cik B sering jadi tumpuan sejak kebelakangan ini. Bermula dengan isu melibatkan bapa kandung Cik B, ada saja isu yang melanda anak beranak ini.

Memiliki status instafamous, Cik B yang kini berumur 15 tahun, mula mengembangkan sayapnya sebagai seorang selebriti apabila mula berlakon dan menjadi penyanyi.

Berbalik kepada isu parent, Cik B berkata dia lebih selesa jika ibunya yang juga jutawan terkenal tidak berkahwin lagi.

Malah Cik B berkata, buat masa sekarang individu bergelar bapa tak diperlukan dalam hidupnya ketika ini.

Jelasnya, selama ini pun, ibunya seorang diri mengambil tanggungjawab sebagai ibu dan bapa serta merupakan ketua keluarga.

Secara terbuka, Cik B mengatakan, ketiadaan bapa membolehkan dirinya lebih banyak bermanja dengan Datuk Seri Vida.

 “Saya tidak rasa pun bila tak ada ayah ini buatkan saya rasa cemburu dengan orang lain yang ada ayah. Saya rasa bagus juga tak ada ayah ni, sebab bolehlah saya tidur dengan mama, boleh manja-manja selalu dengan mama”.

“Sekarang ni, saya lebih selesa kalau tak ada ayah, kerana bagi saya mama ialah mak, ayah, kakak dan kawan saya. Semuanya mama”.

Cik B juga sempat bercerita pengalaman mempunyai bapa tiri dan mengharapkan ibunya itu tak berkahwin lain selepas ini.

“Kalau ada bapa tiri, saya dah rasa macam tidak perlukan ayah. Saya tidak boleh tidur dengan mama saya. Malahan mama pun kurang bagi perhatian pada saya dan hanya lebihkan kepada ayah tiri saya. Jika pergi bercuti pun selalunya hanya mereka berdua”.

“Di usia mama sekarang ni, saya harap sangat mama tak ada bertemu jodoh lagi. Bagi saya, mama adalah teman hidup. Dan berdasarkan pengalaman sebelum ini, mama dah lalui macam-macam hal. Full stop sajalah”.

Sepanjang hidupnya, Datuk Seri Vida pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan perpisahan.