Sebaik hukuman dariNya adalah balasan didunia sebelum dihadapkan di Mahsyar

3,075 views

Bapa mana yang tidak terkesan sekiranya anak kandung ditimpa musibah dan ianya amatlah besar. Umum dah tahu ketika ini seorang pendakwah muda yang juga seorang peserta rancangan Dai, sedang ditahan reman untuk siasatan kes melibatkan beberapa laporan polis yang dibuat pada minggu lalu.

Bapa kepada pendakwah selebriti ini telah membuat satu luahan hati semalam berkenaan isu yang melanda anaknya itu.

Melalui satu penulisan status di laman Facebook, bapa kepada pendakwah berkenaan telah memohon agar orang ramai dapat sedekah surah al fatihah kepada anaknya dan juga semua gadis yang melaporkan kejadian yang menimpa.

Katanya, kesemua, anaknya dan juga wanita berkenaan sedang menerima ujian di dunia dari Allah. Jom baca tulisannya.

Saya memohon dari saudara seagama Islam yang dimuliakan oleh Allah agar dapat sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah serta memberi niat untuk anak saya Iqmal dan juga para pelapor agar dikuatkan iman kesemua mereka disaat sedang diuji”.

Hanya iman yang kuat saja yang paling penting pada waktu ini untuk berdepan dengan semua orang. Yang sudah pasti, Allah akan sentiasa membersih hambanya sekiranya dia menjalani segalanya dengan iman yang teguh”.

Sama ada dia bersalah ataupun tidak, hanya Allah yang akan menentukannya. Sesungguhnya, sebaik-baik hukuman daripada tuhan merupakan balasan di muka dunia ini sebelum akan dihadapkan di yaumul Mahsyar kelak”.

Itulah sedikit perkongsian dari bapa kepada pendakwah yang sedang ditahan reman itu. Sebelum ini, penulisan dari bapa kepada pendakwah ini telah menajdi viral setelah mendedahkan dia dan anaknya itu sudah lama tidak membalas mesej selain meminta semua mangsa agar buat laporan polis.

Walaupun merupakan bapa kandung, katanya dia tak akan sesekali menyebelahi anaknya jika dia didapati bersalah dengan perbuatan berkenaan.