“Hari ni dihujani banyak mesej..” Ini respon Damian nak kena saman Aliff Syukri

50,848 views

Dilabel dengan gelaran ingin memondan, Datuk Aliff Syukri mahu khabr menyaman seseorang.

Dari beberapa hint, individu yang dimaksudkan ialah penyanyi Damian Mikhali yang juga merupakan anggota asal kumpulan VE.

Dari laporan portal Harian Metro, Aliff Syukri nak saman sebanyak RM1 juta kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Damian baru-baru ini di laman IG miliknya.

“Dia tak patut tulis macam tu pada saya. Jika nak mengata tentang suara saya, saya tak kisah sangat sebab ramai je artis buat macam tu.”

“Namun kalau dah babitkan hal sensitive macam ni, dan petik nama saya bagi saya ini benda yang tak betul.”

“Saya dah serahkan hal ini pada lawyer. Nak saman dia sebanyak RM1 juta. Biar pihak berwajib yang akan buat kerja.”

Jelas Aliff lagi, kenyataan itu hanya memalukan dirinya.

“Saya pakai baju Melayu dalam video itu. Saya tak berpakaian wanita. Jadi, sangat tak wajar dia cakap saya macam tu. Sebenarnya saya pun tak pernah kenal dia.”

Setelah isu ini viral, Damian dilihat telah pun memadam posting serta kenyataan berkaitan Aliff Syukri itu.

Selain itu, Damina juga ada menulis dan menyatakan bahawa dirinya okey. Melalui beberapa entry, Damina memberitahu dia tak mahu bercerita lebih lanjut.

“Selamat berpuasa semua, semoga semuanya baik-baik saja. Saling mendoakan antara satu sama lain. Korang okey tak, saya ni okey saja.”

“Senyum saja, tak perlu kata apa-apa.”

Ini antara kenyataan yang dimuatnaik oleh Damian Mikhail di laman IG miliknya.

Sementara itu, Damian juga mendedahkan bahawa Facebook miliknya tidak boeh digunakan buat sementara ini. Ianya kerana ada orang yang dah buat report.

Damian Mikhail turut berterima kasih kepada semua yang memberi komen dan kata-kata semangat buat dirinya.