“Ianya satu mimpi ngeri” Nynaa sebak bila teringat, suami upah dua bodyguard

10,559 views

Semua pun tahu tentang kisah yang melanda rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya, ahli perniagaan bernama Mohamed Fahmi Ilyas.

Menerusi satu temubual dengan portal Mstar, Nynaa Harizal akui kini sedang dikawal oleh dua pengawal peribadi yang diupah oleh Fahmi, atas keselamatan pelakon berkenaan. Hal ini telah disahkan sendiri oleh Fahmi.

Kelibat dua pengawal peribadi itu dapat dilihat ketika Nynaa hadir ke satu program iaitu rancangan Mic On.

Katanya, apa yang berlaku membuatkan dia lebih berhati-hati.

“Jika ada orang keluarkan yang dah keluarkan pistol, saya terpaksalah upah pengawal peribadi kan.”

Tentang kisah yang melanda dirinya dan suami, Nynaa Harizal menyatakan semua itu umpama mimpi ngeri kepadanya dan syukur semuanya dah tamat.

Ini kenyataan dari Nynaa Harizal.

“Semua pun tahu, saya dan suami tak ada apa isu pun. Sekarang kita sedang jalani kehidupan yang bahagia. Betul memang melibatkan family. Memang normal kalau ada isu dengan family tapi pada saya, dengan family nanti lama-lama akan baik juga.”

“Apa yang terjadi umpama nightmare untuk diri saya. Sebelum ini Nynaa tak pernah ada sebarang isu pun. Saya pun nak bahagia membina rumah tangga macam orang lain juga.”

Suami Nynaa, Fahmi berkata kejadian yang telah berlaku itu satu peristiwa yang memalukan. Namun sebagai suami dia akan buat apa yang mampu untuk pertahankannya.

Ini pula kenyataan dari Fahmi Ilyas.

 “Apa yang berlaku memalukan sikit. Tapi sekarang saya dan Nynaa sedang happy. Kalau tak ada orang kacau, kita akan bahagia lama. Jika ada orang yang kacau, kita akan cuba sedaya upaya untuk pertahankan.”

“Kejadian yang berlaku sangat rumit kerana melibatkan banyak pihak. Di masa akan datang, kepada mereka yang nak lakukan perkara tak elok kepada kami, saya harap mereka insaflah.”

Nynaa Harizal kini memaklumkan dia akan berehat dari dunia seni dan akan luangkan masa dengan suaminya. Fahmi juga merancang untuk bercuti bersama isterinya itu.