Mira Filzah sah hamil, usia kandungan lebih kurang 6 bulan, Tahniah!

6,294 views

Teka teki tentang kehamilan pelakon jelita Mira Filzah akhirnya telah terjawab. Semalam, menerusi satu posting yang dibuat di laman Instagram, Mira Filzah mengesahkan dirinya kini sedang hamil.

Dari kenyataan Mira Filzah, usia kandungannya akan memasuki fasa trimester. Ini bermakna kini usia kandungan Mira Filzah lebih kurang enam bulan dan nak masuk ke 7 bulan.

Kata Mira Filzah, dia dan suami amat bersyukur apabila mengetahui dirinya sudah hamil.

“Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Nya, pemilik sekelian alam, khabar berita ini diterima pada tahun lepas, bahawa kami akan menerima cahaya mata sulung kami.”

“Dengan izinnya, kini usia kandungan saya akan memasuki trimester ketiga tak lama saja lagi.”

Sepanjang kehamilannya, Mira dan suami, Wan Emir, akui melalui pengalaman yang tersendiri. Bagi mereka Allah merupakan perancang yang terbaik.

“Seperti semua yang berharap dan merancang untuk membina keluarga, kami pun melalui pengalaman yang tersendiri, ada turun dan naik, sepanjang perjalanan kami.”

Mira dan suami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan buat dirinya.

“Kepada mereka yang selalu saja mendoakan kami sejak dulu sampailah seakrag ini, dengan rasa rendah diri, kai mahu memberi ucapan terima kasih, semua Tuhan akan memberi rahmat serta angkat dia semua, amin.”

Selain itu, Mira Filzah juga berkongsi doa dan ayat dari surah Al Ibrahim ayat ke 40 yang bermaksud, Tuhanku, jadikanlah diri ini antara orang yang sembahyang dan juga zuriat serta keturunanku, perkenankanlah doa ku.

Sebelum ini, memang ada ura-ura mengatakan Mira Filzah telah hamil setelah netizen terlihat seperti sudah ada baby bump.

Mira Filzah berkata dia hanya akan menyampaikan berita baik tersebut sekiranya waktu yang tepat tiba.

Tahniah buat Mira Filzah dan juga Wan Emir Astar, semoga segala urusan akan dipermudahkan.