Ibu tiri luah rasa rindu dengan arwah Siti Sarah “Rindu bidadari syurga”

23,191 views

Ibu tiri kepada arwah Siti Sarah Raisuddin iaitu Siti Fatimah Suberi sebenarnya mempunyai hubungan yang akrab dengan Siti Sarah.

Malah perniagaan yang dijalankan oleh Siti Sarah sebenarnya adalah usaha sama antara arwah dengan Siti Fatimah. Sama-sama berniaga dan memajukan perniagaan.

Isteri kepada Raisuddin ini sememangnya terasa apabila Siti Sarah pergi buat selamanya.

Pada pagi Khamis, Siti Fatimah yang mesra disapa Makde, telah meluahkan rasa rindu pada anak tirinya itu. “Rindu.” Itulah caption yang ditulis Fatimah.

Fatimah telah muatnaik satu video, yang mana kenangan ketika dia bersama arwah Siti Sarah sedang order makanan arab. Ketika itu Fatimah sedang bergurau dengan arwah. Ini videonya.

Sebelum ini, ada beberapa kali Siti Fatimah luah rasa rindu setelah pemergian Siti Sarah. Ini antara caption yang pernah ditulis olehnya. “Rindu sangat, Al-fatihah buat bidadari syurga. Telah diaturkan segala-galanya.

Semasa arwah Siti Sarah masih hidup dan dimasukkan ke hospital, Siti Fatimah Suberi ada beberapa kali muat naik kata-kata semangat kepada penyanyi berkenaan. Fatimah benar-benar mahu anak tirinya itu kembali ke pangkuan keluarga, ini antara captionnya ketika Sarah di hospital.

Siti balik ye. Balik rumah tau. Anak-anak, Shuib, abah, dan semua tengah tunggu kepulangan kau. Aku ni rindu sangat nak makan besar sama, pergi holiday sama-sama, masak bersama.

Kau tu ada sifat ikhlas, itu yang buatkan ramai yang doakan kau Siti. Kalau aku down, kaulah orangg pertama yang akan naikan balik semangat.

Siti balik tau. Aku rindu sangat kat kau. Aku tau kau kuat, kental semoga kau kuat bertarung. Ya Allah permudahkan lah urusan Siti Sarah binti Raissuddin, di dunia dan juga di akhirat.

Hubungan baik antara ibu tiri, Siti Fatimah dengan arwah Siti Sarah memang diketahui umum. Malah Dato Seri Vida juga pernah bercerita tentang hal ini, yang mana Vida mengatakan arwah Siti Sarah memang berniaga dengan ibu tirinya itu, dan amat rapat.