Orang macam tu tak bertanggungjawab, Che Ta enggan bekerja dengan artis tak vaksin

1,011 views

Pelakon Rozita Che Wan ada memberi komen tentang isu mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin.

Bagi Rozita Che Wan yang lebih dikenali dengan nama Che Ta, dia tegas dengan pendiriannya bahawa, dia tidak mahu bekerjasama dengan mereka yang tidak mahu berbuat sedemikian.

Pelakon berumur 48 tahun ini menyatakan, jika mahu bekerja dengannya, amat penting untuk mengambil suntikan berkenaan dan juga ikut SOP yang ditetapkan.

Bagi saya, orang seperti itu seorang yang tak bertanggungjawab. Bukan saja kepada diri sendiri tetapi ianya untuk orang lain juga. Saya sendiri ada syarikat produksi yang mahu memulakan penggambaran drama dan kami telah berbincang tentang hal ini.

Memang akan make sure semua yang terlibat kena lengkap vaksinasi, dua dose. Kalau belum lengkap, kita minta maaf, memang tak boleh nak nak ambil kerja.

Kenalah ikut peraturan yang dah ditetapkan. Tak nak hanya disebabkan dia seorang, habis semua orang lain terlibat sama.

Che Ta juga ada bercerita bahawa lesen untuk sesebuah produksi itu boleh ditarik balik jika pihak Finas mendapat tahu adanya pelanggaran SOP.

Malahan, Che Ta juga tak mahu ambil risiko, kerana bimbang ada anak kecil di rumahnya, iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berumur 6 tahun lebih.

Kita kena jadi adil, dan kena jadi bertanggungjawab. Saya memang tak tahu macam mana boleh lepas kalau belum ambil lagi dua dose untuk pergi berlakon.

Kalau pihak Finas tahu, memang lesen kita akan kena tarik balik. Macam saya, saya tak nak ambil risiko, lagipun saya ada anak kecil kat rumah.

Itulah kenyataan dari Rozita Che Wan kepada portal Mstar. Sebelum ini, menerusi laman Instagram, pelakon senior Fauziah Nawi memuatnaik satu video menyatakan rasa kesal dengan pihak produksi yang mengambil pekerja yang belum vaksin kerana khuatir pihak Kementerian akan tarik balik kelonggaran untuk menjalankan penggambaran.