Ini gambar terakhir dengan suami – Laudya Cynthia Bella

8,501 views

Ini satu kisah tentang rumah tangga antara pelakon popular Negara seberang Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella. Umum dah tahu bahawa Laudya Cynthia Bella bernikah dengan Engku Emran yang merupakan bekas suami kepada selebriti popular tanah air iaitu Erra Fazira.

Dalam perkembangan terkini, menerusi satu perkongsian di laman IG miliknya, Laudya Cynthia Bella membuat satu kenyataan bahawa dia tak nak lagi upload gambar bersama suami, Engku Emran di laman sosial.

Laudya Cynthia Bella menyatakan, sebenarnya, dia terpaksa buat seperti itu dek kerana khuatir sekiranya Engku Emran itu menjadi sasaran wanita yang suka sondol suami orang lain.

Ini tulis selebritri popular Indonesia ini di laman social miliknya: “Insya-Allah ini adalah muatnaik gambar kali yang terakhir dengan suami (Engku Emran). Soalnya wanita-wanita zaman kini, mereka memang suka mahu sama yang kita punya. Jikalau memang nak (suami), minta lah dari Allah ya wahai mbak, tante, de (kakak, makcik, adik),”

Luahan dari Laudya Cynthia Bella ini dibuat menerusi Instastory laman IG miliknya yang mempunyai 27 juta follower, antara selebriti yang paling ramai follower di Indonesia.

Dari IG story untuk kali terakhir itu, Laudya Cynthia Bella telah muat naik gambar dengan suaminya, Engku Emran yang tertera tarikh 8 Julai 2018.

Akan tetapi, Laudya Cynthia Bella tak ada membuat penerangan lanjut secara spesifik tentang siapa yang ganggu suaminya dan apakah jenis gangguan yang suaminya dapat dari wanita lain.

Diimbas kembali, pada bulan September tahun 2017, ramai yang gembira apabila Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran disatukan sebagai pasangan suami isteri di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Malaysia.

Engku Emran mempunyai seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya yang merupakan anak bersama bekas pasangan terdahulu Erra Fazira. Jadi viral juga, apabila Laudya Cynthia Bella dan Erra Fazira dilihat mempunyai hubungan yang baik, dan pernah beberapa kali tampil bersama serta bergambar bersama.