Mesej penuh Whatsapp antara Ruhainies dan Aliff Aziz, yang didedahkan Sarah Yasmine

14,476 views

Malam tadi, Sarah Yasmine, iaitu wanita yang mengaku dirinya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz, telah memuatnaik paparan mesej Whatsapp di antara Ruhainies dan juga Aliff Aziz. 

Sarah yang mendakwa menjadi kekasih Aliff sejak Januari 2024, telah menunjukkan semua mesej berkenaan dan telah tag nama isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah. 

Dari paparan mesej berkenaan, terdapat pelbagai mesej peribadi di antara Ruhainies dan Aliff, termasuklah rancangan mereka selepas ditangkap khalwat. 

Turut terbukti ialah panggilan yang digunakan di antara mereka ternyata menunjukkan kedua pelakon berkenaan sedang bercinta, dengan panggilan love dan sayang. 

Tak cukup itu, ada juga nama beberapa artis lain turut dipetik oleh Ruhainies iaitu pelakon adik beradik Emma Maembong dan juga Chacha Maembong. 

Lebih menyedihkan, ada juga panggilan kurang baik dari Aliff kepada isterinya iaitu Bella dan juga keluarganya. 

Ketika berbicara tentang kereta Bella yang dihadiahkan kepada Aliff, pelakon dan penyanyi SIngapura berkenaan turut akui bahawa dirinya tiada lesen memandu. 

Satu lagi perbualan ialah tentang individu bernama Z yang dikatakan oleh Sarah Yasmine sebagai Caprice. 

Ini paparan penuh mesej yang didedahkan oleh Sarah Yasmine. 

Sarah berkata dia mendedahkan hal berkenaan kepada umum untuk membuktikan bahawa dirinya adalah memberitahu yang benar dan tidak mereka reka cerita. 

Pelakon adik beradik Emma Maembong dan juga Chacha Maembong telah membuat kenyataan ekoran namanya dipetik oleh Ruhainies seperti yang didedahkan oleh Sarah. 

Caprice juga ada membuat kenyataan setelah namanya dipetik, dan menjelaskan apa yang berlaku bagi pihak dirinya. 

Bella Astillah sebelum ini ada berkata, dia dah pun bertemu dengan Sarah Yasmine pada minggu lalu, dan sejak itu mula follow akaun wanita berkenaan. 

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan dari pihak Aliff Aziz mahu pun Ruhainies setelah pendedahan mesej dari Sarah Yasmine.