Ini gelaran yang Sharnaaz beri, setelah dapat tahu Kak Long jadi jemputan TV Al Hijrah

26,528 views

Wanita bernama Wan Nor Baizura yang lebih dikenali sebagai Kak Long 7E, kini menjadi buah mulut orang ramai di luar sana.

Mula tular menerusi sesi live di Facebook, nama Kak Long terus jadi sebutan beberapa hari ini.

Semua kerana disebabkan pihak TV Al Hijrah telah memanggilnya sebagai slah seirang jemputan dalam sebuah rancangan terbitannya.

Rata-rata orang ramai tidak bersetuju pihak TV Al Hijrah memanggil orang seperti Kak Long sebagai jemputan.

Antara point utama ialah, sifat keperibadian yang ditunjuk oleh Kak Long bukan sesuatu yang wajar di angkat atau di fokuskan. Sebabnya Kak Long viral kerana hal yang tidak baik.

Ada juga yang mencadangkan lebih baik memanggil staff kedai 7E itu, kerana akhlaknya yang baik dan dipuji ramai, melayan karenah Kak Long.

Hal ini turut mendapat perhatian kepada seorang pelakon terkenal tanah air iaitu Sharnaaz Ahmad.

Menerusi satu post di Ig story, Sharnaaz muatnaik berita tentang Al Hijrah menjemput Kak Long sebagai tetamu. Ini yang ditulis oleh Sharnaaz Ahmad.

Dari penulisannya itu, memang jelas Sharnaaz pun tak setuju Kak Long dipanggil sebagai tetamu dalam rancangan Al Hijrah.

Setelah ramai yang memberi komen kurnag baik tentang isu ini, akhirnya pihak Tv Al Hijrah telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu ini.

Al Hijrah membuat keputusan untuk menangguhkan penayangan episode yang melibatkan Kak Long ini. Pihak TV Al Hijrah juga menerangkan, sebenarnya Kak Long dipanggil sebagai tetamu untuk diberi teguran oleh seorang ahli panel iaitu seorang ustazah.

Selain itu, ibu kepada Kak Long juga ada mengeluarkan komen yang mana dia akan support anaknya itu, selain memandang Kak Long sebagai seorang yang berbakat.