“Besar dah perut ni” Stacy sahkan kini sedang hamil 4 bulan

4,952 views

Sejak akhir-akhir ini penyanyi Stacy yang juga isteri kepada Akim Ahmad, akui selalu terima pertanyaan dari para peminat, teman-teman dan juga ahli kelurga sama ada dia sedang hamil atau mengandung.

Ini semua kerana ramai yang ternampak Stacy umpama dah ada baby bump.

Akhirnya, Stacy tak mahu lagi simpan rahsia dan ceritakan hal sebenarnya.

Stacy mengumumkan dan mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua, dan usia kandungan sudah pun masuk bulan ke empat.

Pengesahan dan pengumuman itu dibuat secara eksklusif di rancangan hiburan MeleTop malam tadi.

Pada mulanya pengacara Elly Mazlein malu-malu nak tanya dan akhirnya bertanya juga kepada Stacy sama ada dia sedang hamil.

Malu nak tanya, tapi nak tanya juga. Ramai yang cakap, betulkah sekarang ni Stacy sedang mengandung, betul ke.” Tanya Elly Mazlein kepada Stacy.

Stacy kemudiannya menjawab: “Kalau dah tak boleh nak tutup, dah pecah lubang tu yelah betullah. Alhamdulillah syukru, Ya betul sekarang ni saya sedang hamil empat bulan.

Memang dah tak boleh dah nak sembunyi, sebab besar dah perut ni.” Itulah kata pengesahan dari Stacy menjawab pertanyaan Elly Mazlein.

Para peminat dilihat terus saja mengucapkan komen-komen tahniah kepada Stacy setelah mengetahui hal berkenaan.

Wah Stacy dah mengandung, tahniah diucapkan.” Antara komen yang ditulis kepada Stacy.

Untuk info, Stacy dan Akim Ahmad, vokalis kumpulan Akim and The Majistret telah disatukan sebagao pasangan suami isteri yang sah pada tarikh 5 Februari 2016.

Sebelum berkahwin, Stacy mempunyai seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, yang kini berumur 9 tahun, dan hasil perkahwinan dengan Akim, Stacy dikurniakan seorang anak kandung yang diberi nama, Eshaal Afiq Hakim, yang kini berumur 5 tahun.

Tahniah buat Stacy dan juga Akim Ahmad, semoga segala urusan dipermudahkan.