“Ini impian saya” Zara Zya beli kereta mewah Porsche Boxster

5,116 views

Pelakon yang juga ahli perniagaan, Zara Zya memang antara selebriti yang mempunyai wawasan serta visi yang selayaknya dipuji.

Mempunyai bakat yang semula jadi dalam bidang lakonan, Zara Zya kemudian melebarkankan keupayaannya dalam bidang perniagaan pula.

Banyak juga bidang perniagaan yang Zara Zya telah terokai, antaranya pernah ada kedai makan dan juga barangan kosmetik.

Kejayaan yang dicapai oleh Zara Zya nampaknya semakin terserlah dan Zara Zya kini mampu membeli kereta idaman hatinya.

Bukan biasa-biasa kereta yang dipilih oleh Zara Zya, ianya merupakan kereta mewah jenama Porsche, hebat bukan.

Zara Zya kini merupakan pemilik kepada kereta mewah Porsche jenis 718 Boxster. Satu pencapaian yang amat mengagumkan buat pelakon berumur 37 tahun ini.

Ada beberapa foto yang dimuatnaik di laman media sosial menunjukkan serahan kunci dan test drive kereta baru Zara Zya itu.

Dealer kereta bernama Anwar Shah ada memuatnaik gambar dengan mengatakan dah hantar kereta baru kepada Zara Zya.

“Dah selesai hantar kereta baru Porsche 718 Boxster kepada pelakon terkenal Zara Zya. Tahniah di atas kereta baru ini Zara.”

Melalui satu video, Zara Zya akui itu merupakan impiannya. “It is my dream.” Tulis Zara Zya sambil test drive kereta Prosche itu.

Dari laporan dan hasil jaian, dianggaran kereta berkenaan bernilai lebih dari RM400 ribu harganya.

Para netizen juga mengucapkan jutaan tahniah kepada Zara Zya kerana dah milik kereta yang diidamkan selama ini.

“Tahniah Zara Zya, memang tabik spring. Ini satu pilihan kereta yang amat baik. Syabas diucapkan.” Itu antara komen dari warga maya.

Semoga terus maju jaya buat Zara Zya dan sukses dalam semua bidang yang diceburi selepas ini.