Antara penyanyi lealki yang mempunyai suara lemak merdu di Malaysia tak lain tak bukan ialah Anuar Zain.
Sebenarnya, sebelum bergelar sebagai penyanyi yang popular, Anuar Zain sebenarnya pernah menjawat jawatan sebagai pramugara dan juga ketua pramugara.
Anuar Zain telah berkhidmat sebagai ketua pramugara dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines atau MAS.
10 tahun lamanya Anuar bekerja dengan MAS iaitu sekitar tahun 1990 sampailah ke tahun 2000.
Untuk mengetahui sikapnya ketika menjadi pramugara, seorang bekas pramugari iaitu Nik Farhana terpanggil untuk bercerita tentang pengalamannya bekerja dengan Anuar Zain.
“Saya mula kenal dengan Anuar Zain ketika dia jadi ketua pramugara. Di waktu itu, dia belum lagi popular macam sekarang ni. Dia lebih dikenali dengan nama Shahrul Anuar.”
Ditanya adakah Anuar Zain seorang yang garang ketika jadi ketuan, Farhana berkata Anuar ini seorang yang berbudi pekerti orangnya.
“Tidak sama sekali. Anuar ni memang soft spoken dan lembut saja orangnya, dia amat berbudi bahasa, tetapi tetap tegas, firm dan ada pendirian.”
“Dia friendly tapi tak over. Dia selalu saja jaga batas dengan crew lain sebagai ketua pramugara. Boleh cakap, dia ni bawa dirinya denga baik sekali.”
“Bila kerja, dia ni memang jenis yang tak cakap banyak macam orang lain. Dia memang seorang lelaki yang amat baik.”
Bila ada masa rehat semasa penerbangan, Anuar juga bukan jenis yang suka lepak.
“Boleh cakap, Anuar ni selalu hanya akan buat hal dia saja. Dia tak ada nak pergi melepak dengan mana-mana crew penerbangan yang lain.”
Ada satu pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh Farhana. Ini pendedahannya.
“Tetapi pernah ada sekali tu, kami pergi nyanyi karaoke bersama, ingat dia ni penyanyi budak-budak saja. Tapi semasa dia buka mulut dan menyanyi, memang tidak disangka dengar suara dia sedap betullah. Waktu itu dia pula memang tersangat tampan, good looking. Rambut dia pendek. Tak sangka dia jadi terkenal.”
Itulah pengalaman Nik Farhana yang pernah bekerja dengan Anuar Zain sebagai flight attendant.