Ini kenyataan Hidayah, isteri arwah Abam berkenaan isu saman

4,192 views

Kembali panas berkenaan isu melibatkan keluarga arwah Abam Bocey. Kali ini isu saman menyaman antara balu Abam dan juga adik arwah iaitu Ali Puteh.

Nor Hidayah ditanya wartawan apa sebenarnya yang berlaku, namun ibu tunggal ini lebih memilih untuk tak mahu mengulas dengan lebih lanjut, mungkin kerana isu ini sedang dibicarakan.

Namun begitu, Hidayah amat percaya bahwa hal sebenar yang berlaku sudah tentu akan terbongkar kelak.

Jelas Hidayah lagi, semua yang dia buat hanyalah semata-mata untuk anaknya hasil perkahwinan dengan arwah Abam iaitu, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

 “Untuk waktu sekarang ini, saya ambil pendekatan hanya mahu diamkan diri saja terlebih dulu. Nanti semua orang akan tahu hal yang sebenarnya”.

 “Saya ini adalah seorang ibu tunggal yang nak mencari rezeki hasil titik peluh sendiri, kini saya menjual cempedak goring, ini semua saya buat untuk sara anak. Apa saja yang saya buat semuanya demi untuk anak“.

Sebelum ini, adik kepada Abam iaitu Ali Puteh telah mengeluarkan saman kepada kakak iparnya itu dan juga jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, yang sebelum ini ada buat video viral ketika menemubual Hidayah.

Kata Ali Puteh, dia hanya buat saman balas sebagai tindakan ke atas Hidayah ada keluarkan saman terhadap Ali terlebih dulu.

Berkenaan kes, Hidayah ada akui bawa duit tabung berisi duit yang dikatakan hasil menabung bersama arwah suaminya. Selain duit itu, Hidayah juga ada membawa empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Hidayah kemudian telah keluarkan duit sebanyak RM10000 dari akaun bank milik arwah Abam dan masuk ke dalam akaun anaknya.

Diimbas kembali, Hidayah bernikah dengan Abam pada tarikh 8 Disember 2017. Mereka mempunyai seorang anak lelaki.