Umur 19 tahun, Masya Masyitah beli condominium RM300ribu secara cash

4,773 views

Pernah tak kalian dengar lagu berjudul Halimunan, memang best dan rancak lagu tu. Penyanyi lagu Halimunan ialah Masya Masyitah yang kini baru berumur 20 tahun, masih muda lagi.

Sering berusaha dan bekerja keras, Masya Masyitah pernah berkongsi kepada para peminatnya bahawa dia dahpun mempunyai asset berharga iaitu memiliki sebuah rumah.

Jelas Masya, hasil titik peluhnya, dia telah mampu untuk beli rumah bernilai RM300000 tahun lepas semasa umur baru mencecah 19 tahun.

Yang paling power ialah Masya mendedahkan dia beli rumah berkenaan secara tunai, ye betul cash tanpa hutang bank.

Penyanyi yang lahir di Kedah ini mendedahkan bahwa wang yang diperoleh itu hasil dari kerjayanya dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi.

“Saya mula start bidang nyanyian ini sejak zaman kanak-kanak lagi, ini termasuklah semua pertandingan nyanyian yang saya sertai. Oleh itu, saya dah mula kumpul wang sejak kecil dan syukur sangat, alhamdulillah, kini dah pun dapat beli sebuah rumah.

“Memang saya beli secara tunai seba ianya lebih mudah dan saya tak perlulah nak terikat dengan kadar faedah pinjaman dengan bank. Apatah lagi, saya ni tak ada kerja tetap dan tak ada penyata gaji setiap bulan.

“Amat bersyukur sebab kini dah ada aset sendiri termasuk rumah dan kereta, dan semuanya hasil kerana saya aktif menyanyi selama ini”.

Berbanding rumah, tentang kereta, Masya memberitahu bahawa ianya tak dibeli secara tunai dan dah buat pinjaman dari bank.

Masya kini dah satu tahun tinggal di rumah baru jenis kondominium yang terletak di Cheras. Penyanyi ini mula tinggal di ibu kota kerana memudahkannya untuk mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian.

Kini, Masya tinggal dengan ibunya dan baginya, semua perkongsian tentang meiliki asset itu akan menjadi inspirasi kepada rakan belia yang lain.

Diimbas kembali, Masya masyitah pernah jadi juara program rancangan reality Ceria Popstar musim kedua pada tahun 2014, dan di situlah namanya mula dikenali ramai.