Ini kisah yang berlaku, mengapa wanita ni pakai tudung plastik

5,596 views

Satu gambar jadi viral yang mana ada wanita dilihat telah pakai plastik merah kat bahagia kepala menutupi rambutnya sebagai ganti kepada tudung, katanya ini berlaku sebab terpaksa sebab tudung terciri lantas ianya jadi tumpuan netizen.

Gambar wanita dikenali sebagai Nur Fariza Mohd,yang mesra disapa Jai telah mula jadi viral selepas satu tweet telah di share di laman media social Twitter milik kawannya.

Jai akhirnya menceritakan apa yang berlaku sampaikan dia kena pakai tudung macam tu sekali. Jelas Jai, masa tu berlaku beberapa hari lalu semasa dia nak jumpa dengan pelanggan nya.

Ini komen Jai: “Ketika itu tgh hujan, tudung saya basah. Saya nk hantar barang (COD) kat customer. Barang rupanya ada kat rumah. Masa nak keluar tu, nak tukar tudung basah tak sempat pula, jadi saya ambil tudung lain dan letak tudung tu dalam beg.

“Rupanya tercirir, saya tidak perasan tudung tu tercicir. Masa nak tukar tudung dalam kereta, saya baru perasan tudung yang saya ambil tadi tidak masuk pun dalam beg saya.

“Rasa nervous dan menggelabah. Saya cari apa yang nak pakai, lepas tu saya pun pakai plastik (merah) dan terus turun bertemu dengan customer, sekejap je di satu stesen minyak.

“Mula-mula dia lihat je tudung plastic tu, pastu dia tanya, tu plastic ke? Kemudian, dia kata tidak mengapalah, dia pun pahan kerana basah hari hujan”

Itulah penjelasan Jai kenapa di pakai tudung plastic merah itu. Katanya, dia langsung tak jangka gambar tu akan jadi bualan ramai. Apatah lagi dia langsung tak ada akaun Twitter.

Jai menambah, dia tak kisah pun gambar miliknya menjadi bahan lawak yang telah menghiburkan ramai warga Twitter.

Kalau dilihat, gambar itu penuh dengan komen netizen yang rata-ratanya terhibur dengan style Jai pakai tudung plastik dalam keadaan yang sebegitu nak tutup auratnya.

Dalam pada itu ada juga yang memuji wanita ini masih kelihatan cantik walaupun hanya memakai plastic sarung dikepalanya.