Selebriti Ardell Aryana akhirnya mendedahkan bahawa dirinya pernah menolak untuk menjadi teman hidup buat Nadzmi Adhwa yang kini menjadi suaminya.
Hanya bermula dengan tanggapan sebagai adik yang juga kawan baik (best friend), akhirnya Nadzmi Adhwa menjadi suami kepada Ardell. Mereka berdua telah mengenali dan berkawan selama 8 tahun.
Ardell atau nama penuhnya Nurul Hidayah, mendedahkan sebelum ini Nadzmi ada luah rasa hati dan ajak berkahwin namun telah ditolak olehnya kerana merasakan dirinya masih belum bersedia.
Ketika ini lah ramai yang mengatakan Ardell telah friendzone Nadzwi dan pernah jadi viral sebelum ini. Ternyata Nadzwi tak putus asa.
Ini komen Ardell: “Sy sudah rasa dia bagaikan adik dn kami bagai best friend (BFF), ketika susah dn senang sentiasa bersama.
“Dia ade bg beratus hint nk nikah tp sy tidak bg jawapan sbb nya sy tidak sedia lagi sebelum ni, rs byk sangat kurang serta bukan senang nak jadi isteri.
“Sampailah hari raya Aidil fitri lepas, sy sendiri yang hantar merisik dia dn telah bagi senaskhah Al-Quran untuk dia baca, faham dan kena khatamkan”
Sementara itu, Nadzmi Adhwa juga ada buat kenyataan dank omen tentang perkara ini. Nadzmi Adhwa telapun membaca dan khatamkannya.
“Alhamdulillah syukur, sy dah pun khatam al-Quran yg Ardell bagi. Dia bagi masa, dia dan keluarga bertandang ke rumah keluarga sy.
“Tak ada majlis pertunangan. Yang dibuat, hanya majlis khatam al-Quran dianjurkan oleh pihak keluarga saya, Jumaat lepas. Naskhah al-Quran yang sama, lepas dah khatam dan baca tafsir serta maksudnya, kitab berkenaan diserahkan kembali pada hari pernikahan ini kepada Ardell”
“Selama ini, kami berdua lebih senang guna istilah sebagai sahabat. Masa tu, kalau ada jodoh, maka adalah. Selama ini pun, kami tidak ada menolak jika ditakdirkan kami berdua ada jodoh sebagai suami isteri.
“Bagi sy, Ardell insan paling baik yg pernah dtg dlm hidup sy. Ardell seorang yg sgt luar biasa. Sy banyak belajar masa bersama dengan nya.
“Dari Ardell belum berhijrah tak bertudung, sampailah sekarang ni, kami berdua banyak berkongsi benda. Kami juga ada persamaam dan berkongsi minat sama bermain bola sepak serta main futsal.
“Selain itu, cara Ardell jalankan tanggungjawab dengan sara family telah buat sy rasa amat kagum. Ardell berkerja dengan penuh kuat utk bg kesenangan buat family nya.
“Dalam pada itu, keserasian antara kami juga telah berjaya mencetus idea utk buat perniagaan tudung iaitu Alwadellhijab,”
Berkenaan ttg majlis resepsi serta bulan madu, Nadzmi Adhwa berkata dia dan isteri masih belum ada rancangan termasuklah tarikh dan lokasi.
Pasangan ini ada terikat dengan beberapa kerja dan tugasan yang perlu dibuat terlebih dulu. Ardell ada misi kemanusiaan di Syria, sementara tu Nadzmi pula ada penggambaran.
“InsyaAllah pada bulan Oktober atau bulan November, mungkin kami akan buat majlis resepsi. Ttg honeymoon, kami berdua mungkin akn buat umrah hujung tahun ini.
“Berkaitan anak pula kami tak ada merancang, kami tak tolak ttg rezeki, kalau rezeki itu datang awal, kami akan terima dengan hati terbuka. Begitu juga dalam soal berbulan madu dengan hasrat menunaikan ibadat umrah bersama. Kami ada rancang nak bawak keluarga”
Semalam, dengan hanya satu kali lafaz, pasangan pelakon ini akhirnya sah bergelar sebagai sepasang suami dan isteri.
Majlis pernikahan mereka telah diadakan di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, Selangor. Ardell menerima hantaran senaskhah Al-Quran dan maskahwin bernilai RM300.