Dah buka mata, abang Siti Sarah ukir senyuman, video call dengan Shuib

7,543 views

Satu berita baik telah diterima oleh pelawak dan pelakon terkenal tanah air iaitu Shuib dari kumpulan Sepahtu.

Pelawak berumur 38 tahun ini telah menyampaikan berita baik yang diterimanya kepada umum sebentar tadi.

Berita berkenaan ialah tentang keadaan terkini abang iparnya atau abang kandung kepada arwah Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raisuddin.

Shuib memberitahu, Ahmad Firdous Raissuddin kini telah sedarkan diri setelah ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, semalam.

Malahan, Shuib dan ayah mertuanya Raisuddin sempat buat video call kepada Ahmad Firdous. Jom baca caption dari SHuib.

Allahuakbar, Allah Maha Besar. Syukur alhamdulillah abang ipar, Firdous kini sudah buka mata. Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Apapun kita sambung berdoa buat mereka yang lain dan sedang bertarung nyawa. Kita mahu semua orang kembali dalam keadaan sihat serta dapat balik jumpa family masing-masing, amin.

Melalui gambar yang dimuatnaik, Shuib bersama Raisuddin dilihat sedang berbicara dengan Firdous yang telah mengukirkan senyuman di wajahnya.

Mewakili keluarganya, Shuib telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang tak henti-henti mengutuskan doa buat mereka sekeluarga.

Malam tadi juga telah diadakan satu majlis tahlil dan bacaan Yassin secara online setelah Firdous ditidurkan kerana paru-paru berada dalam keadaan tak berapa baik.

Firdous sebelum ada mengatakan dia berada di stage keempat sebelum masuk ke ICU dan ditidurkan oleh doktor.

Menerus laporan sebelum ini, dikhabarkan isteri kepada Firdous turut positif manakala dua orang anak mereka bebas dari sebarang jangkitan dan berada di bawah jagaan Shuib di rumahnya. Firdous sebelum ini amat rapat dengan adiknya arwah Siti Sarah, dan sudah tentu amat bersedih dengan kehilangan adik tersayang. Semoga semuanya baik-baik saja buat keluarga Shuib.