Ini sebabnya kenapa Zarina Anjoulie sedut lemak

8,448 views

Pelakon yang sering tercalit dengan isu iaitu Zarina Anjoulie sekali lagi menjadi perhatian roang ramai baru-baru ini.

Ianya ekoran kenyataanya secara terbuka telah pun melakukan satu procedure iaitu proses sedut lemak atau liposuction.

Zarina Anjoulie yang lebih dieknali dengan nama Anju, turut muatnaik satu video menunjukkan proses dia sedang jalani procedure berkenaan yang dibuat di satu pusat kecantikkan.

Ini tulis pelakon ini: “I love sedut lemak. Apatah lagi di bahagian perut tu. Kali ni Anju target di bahagian kiri kanan perut. Anju buat ni kat BFF Medispa, instant result, saya memang gembira.

Video berkenaan mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen. Ada juga bertanya adakah sebab procedure ini Anju turun berat badan dan bukannya guna produk seperti yang dia iklankan sebelum ini.

Anju menjelaskan, ketika ini dia tak ada contract dengan mana-mana syarikat produk kurus sekali gus menepis dakwaan dia tak jujur ketika proses untuk turunkan berat badannya.

“Sedut lemak bukan sedut sampai 10 kilogram kat satu bahagian. Lepas tu bila susut berat badan kenalah nak maintain, jadi saya masih guna supplement.”

“Sebenarnya contract saya dengan produk kurus ni dah pun habis pada minggu lepas, oleh itu suka hati sayalah nak sedut lemak ke apa. Kalau saya ni dah tipu para followers, lebih bagus saya hanya diamkan diri saja, tak post apa-apa.”

Anju yang kini sudah berumur 34 tahun juga memberi sebab kenapa dia pergi buat liposuction itu dan ianya kerana lemak setelah melahirkan anak agak susah untuk hilang. Pelakon ini juga menegaskan dia mempunyai wang untuk melakukan procedure itu, dan itu haknya.

“Perut ni dah buncit selepas beranak, dan ianya memang susah nak hilang walaupun dah pergi jogging atau pun bersenam, jadi, saya pun pergilah sedut lemak tu.”

“Saya ni kan janda, jadi saya bosan duduk rumah sorang-sorang tak tahu nak buat apa dengan duit, oleh itu saya pun pergi je lah.”