“Saya dan Datuk Seri Vida tak sepadan” ~Shuib

4,656 views

Kecoh juga tentang kisah melibatkan Shuib dan jutawan Datuk Seri Vida. Setelah Shuib mendedahkan dia sedang mengenali seseorang, Datuk Seri Vida pula ada buat kenyataan bahawa dia terbuka untuk berkenalan dengan Shuib dengan lebih dekat.

Namun begitu, Shuib tampil memberi respon balas apabila ditanya tentang kisahnya dengan ahli perniagaan berkenaan.

Shuib memberitahu, Datuk Seri Vida memang bukan individu yang dia sedang berkenalan itu.

Namun pelawak dari kumpulan Sepahtu itu akui, dia dah lama kenal dengan Vida dan lebih selesa berhubung di atas urusan perniagaan saja.

“Datuk Seri Vida bukan individu yang sedang saya berkawan sekarang ni. Sungguhpun ramai yang cuba nak teka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identity wanita berkenaan biarlah rahsia kerana kami ni masih dalam peringkat awal, mahu berkenanalan.”

“Saya dengan Vida lama berkawan dah, sejak arwah Siti Sarah masih lagi ada. Kami bersama berkolaborasi buat perniagaan makanan, Unagi.”

Shuib dengan jujur mengatakan dia dan Vida memang tidak sepadan.

“Tak mungkin saya akan bercinta dengannya. Kami berdua tak sepadan kerana Vida mempunyai pengaruh yang amat besar dan dah ada segalanya.”

“Saya ni hanya mencari seseorang yang sederhana saja dan yang lebih penting mampu nak jaga anak-anak saya yang masih kecil dengan sebaiknya.”

Tentang siapakah yang bakal menjadi jodohnya, Shuib mengatakan wanita itu perlu mendapat lampu hijau dan kata setuju dari ibu dan juga anak-anak.

“Bab jodoh ni saya tak nak cerita lebih-lebih, agak sensitive. Jodoh juga rahsia dari Allah. Manusia hanya boleh rancnag, contohnya dengan siapa saya nak berkawan, tapi tetap tak tahu siapakah jodoh saya.”

“Sekiranya hati saya terbuka hati untuk berkahwin satu hari nanti, wanita berkenaan kenalah mendapatkan persetujuan dari ibu say dan anak-anak saya.”

Itulah kenyataan dari Shuib, setelah Datuk Seri Vida ada mengatakan Shuib memenuih kriteria lelaki idamannya.