Iqbal nak kenali Rossa lebih mendalam, “Suka tengok dia, sopan, tak gedik”

9,247 views

Berada di negara jiran Indonesia, Ahmad Iqbal turut menjadi perhatian setelah melahirkan hasrat untuk membeli rumah di sana.

Iqbal yang berhijrah ke sana untuk mencari peluang menembusi pasaran Indonesia, memberitahu dia diterima baik di sana.

Malah beberapa hari di sana, Iqbal kini sudah pun cuba untuk mendekati penyanyi terkenal Datuk Rossa.

Jelas pemuda berumur 27 tahun ini, dia ada berjumpa dengan Rossa baru-baru ini dan melabelnya sebagai seorang yang merendah diri dan tidak gedik.

“Semalam saya menerima jemputan ke tayangan perdana filem Love Knots dan kebetulan pula Rossa hadir sebagai individu yang penting untuk filem berkenaan.”

“Saya rasa saya nak kenal Rossa secara lebih mendalam dan dekat kerana jika tengok, dia ni seorang yang sangat humble. Namun saya tak ada niat nak kacau hubungan dia dengan sesiapapun, saya hanya nak berkenalan saja.”

“Memang suka tengok dia, seorang yang profesional, humble, low profile, tidak menggedik, amat sopan, dan ketika dia cakap pun tak ada bising. Jika lihat pun dia seorang yang minimal, tak sarat ketika berfesyen. Cara cakap amat lemah lembut.”

Perancangan Iqbal di Indonesia sudah ada, antaranya, mashu masuk program Tv dan juga mahu mencuba nasib buat lagu dengan Melly Goeslow.

“Rasanya akan duduk lebih lama di sini tapi tak tahu sampai bilalah kerana rasa tak tenang di Malaysia.”

“Saya kini dalam proses untuk masuk program TV namun tak berani nak confirm, masih lagi berbincang.”

“Selain itu, saya Saya nak cuba dapatkan Melly Goeslow untuk buat lagu, akan tetapi saya kena tengok dulu rate mereka. Saya memang suka dengan melodi dan arrangement lagunya.”

“Saya nak bawa diri, lari kejap. Tapi bukanlah tak ada arah tuju. Saya nak kembangkan lagi kehidupan saya ni.”

Itulah kata-kata dari Iqbal seperti yang dilaporkan oleh portal Mstar.