“Kenapa mereka diperlakukan begitu, memalukan Dato Fazley dan Ani Mayuni” ~penonton

15,876 views

Semalam minggu kedua Gefar Vaganza telah berlangsung dengan lancarnya. Sekali lagi Aliff Aziz dan Adibah Noor menguasai carta apabila kedua mereka mengulangi kedudukan pertama dan kedua sebagai peserta dengan markah tertinggi.

Minggu ini tiada penyingkiran, bermakna dua peserta terbawah iaitu Nico dan Datuk Fazley Yaakob terselamat dan akan meneruskan perjuangan di minggu ketiga.

Namun ada kejadian yang membuatkan rasa kurang senang dari kalangan penonton dan netizen ketika segmen terakhir, iaitu segmen ada lagu ada lagi.

Kerana mengikut SOP, hanya empat peserta dibenarkan berada di atas pentas ketika pengumuman keputusan.

Dan ketika segmen bermula, empat peserta telah bersedia berdiri di atas pentas iaitu Aliff Aziz, Adibah Noor, Ani Mayuni dan Datuk Fazley Yaakob.

Peserta yang sudah mendapat lagu akan duduk dan diganti peserta lain.

Oleh kerana Ani Mayuni dan Fazley Yaakob merupakan antara tiga peserta dengan markah terendah, kedua-dua mereka kena berdiri lama di atas pentas, hanya melihat satu persatu peserta bersilih ganti menerima lagu.

Terlalu lama di atas pentas sambil melihat rakan peserta mendapat lagu, para penonton kurang senang dengan hal itu, dan menempelak tindakan produser Gegar Vaganza yang tidak peka.

Bagi netizen, susun atur yang melatakkan dua peserta bottom three terlalu awal agak memalukan.

Ini antara komen yang dilontaran para penonton dan netizen.

Ada di antara mereka yang memberi cadangan, agar jangan diletak langsung peserta di atas pentas ketika segmen tersebut, biar peserta tunggu dibelakang pentas saja, kerana ianya tidak lagi ada elemen kejutan.

Satu lagi cadangan adalah hanya peserta tangga keempat tercorot saja yang naik di atas pentas, setelah tinggal empat lagu terakhir.

Mungkin pihak produser rancangan Gegar Vaganza boleh ambil nota dengan apa yang disuarakan oleh para penonton ini.