Ira Kazar menangis di sesi photography tudung Aliff Syukri

4,311 views

Siapa yang tak kenal dengan Ira Kazar, isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof. 

Dek kerana namanya yang dikenali ramai, ahli perniagaan, Dato Seri Aliff Syukri telah memilihnya sebagai model untuk menggayakan tudung dan juga telekung terbaru keluarannya. 

Apa yang menjadi bualan ialah Aliff Syukri mendedahkan bahawa isteri Syamsul Yusof ini telah menangis ketika sesi photography. 

Menerusi satu video dari Aliff Syukri, Ira Kazar dilihat mengalirkan air mata yang mana jelas pipinya dibasahi banjiran air mata. 

Persoalan mengapa anak kepada Kazar itu menangis, Aliff Syukri menjelaskan ianya kerana Ira sebak mendengar alunan lagu berjudul ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khadijah’. 

Lagu in didendangkan oleh penyanyi seberang, Iren Lafebian. 

Tersentuh dengan lagu berkenaan, Ira menangis dan telah ditenangkan oleh ahli keluarganya yang turut hadir di sesi photography. 

Ini kenyataan dari Aliff Syukri tentang tangisan Ira Kazar itu. 

“Saya sendiri terkejut, memang tidak disangka sangka sewaktu fotoshoot, Ira Kazar dilihat menitiskan air matanya secara tiba-tiba. Sebabnya kerana dia mendengar lagu yang dipasang ini. Kemudiannya dia terus ditenangkan oleh family dia.” 

“Sebenarnya saya pun tak pasti sebab apa sampai menangis, namun saya mendoakan yang terbaik buat Ira.” 

Dalam pada itu, ahli perniagaan yang terkenal dengan tagline Terlajak Laris ini berkata, dia sama sekali tak ada memilih untuk menyokong mana-mana pihak dengan pemilihan Ira Kazar itu. 

“Jujur saya kata, saya tak ada nak pilih mana-mana pihak, saya ni hanya nak berkosngi rezeki saja dengan semua orang.” 

Melihat ruangan komen, rata-rata warga maya kurang bersetuju dengan pemilihan Ira Kazar sebagai model terbaru Aliff Syukri. 

Pelbagai komen kurang baik yang dilontarkan di ruangan posting Aliff Syukri itu. 

Pengguna bernama Nadirah menulis: “Cantik telekung, namun hanya kerana Ira yang pakai, memang saya minta maaf la, tak sanggup nak membelinya.” 

Apapun, kini Ira Kazar dilihat aktif di laman media sosial miliknya, terutama mendedahkan bakatnya dalam bidang masakan. 

Antara resepi Ira Kazar yang sedang menjadi bualan ialah masakan sambal sotong.