“Yes memang aku nak keluar dengan laki poket tebal, tak nak keluar dengan laki miskin” Anju

6,118 views

Perlakon terkenal, Zarina Anjoulie menjadi bualan ramai setelah dilihat kembali keluar bersama lelaki yang pernah menjadi tunangnya iaitu Dato Sri Khazrul Elzey. 

Satu video pasangan ini kelaur bersama telah dimuatnaik oleh Dato Seri Khazrul Elzey baru-baru ini. 

Zarina Anjoulie yang mesra disapa Anju dilihat mesra bersama anak-anaknya, meluangkan masa bersama. 

Kemesraan antara Anju dan Khazrul Elzey membuatkan ramai tertanya sama ada mereka telah kembali bersama. 

Akhirnya menerusi satu kenyataan di Instagram, Anju akui kini dalam fasa untuk menjalinkan semula hubungannya dengan ahli perniagaan berkenaan.  

Menjawab pertanyaan peminat, Anju mengakui bahawa dia tak tahu tentang pengakhiran hubungannya dengan Khazrul Elzey kali ini. 

“Ada orang tanya, Anju you dah balik dengan Dato, biar saya cakap je lah, ni kalau ada jodoh, maka adalah.” 

“Jika dia ialah Mr right, kalau dia ialah the one, saya tak akan tahu, jodoh tu di tangan Allah.” 

“Mungkin kali ini ianya akan jadi kacau bilau lagi, saya tak tahu. Mungkin kali ini juga ianya akan jadi okey, semuanya saya tak pasti.” 

Kemudian, Anju berkata, dah tentu dia akan keluar dengan seorang lelaki yang berkemampuan, dan tak mahu lagi keluar dengan lelaki yang tak mampu. 

“Kalau cakap pasal poket tebal tu, yes, memang aku nak keluar dengan lelaki yang poket dia tebal. Aku tak nak dah keluar dengan lelaki miskin.” 

“Aku pernah dah dengan biawak hidup, kena tanggung, aku tak nak dah macam tu.” 

“Kalau korang nak kelaur dengan lelaki yang tak ada duit, tu masalah korang lah. Tapi sila respect yang saya nak keluar dengan lelaki berduit.” 

“Saya suka kalau ada lelaki yang belikan saya hadiah, memang saya suka, korang tak suka dahapt hadiah?” 

“Janganlah jadi hipokrit, siapa je yang tak suka kalau dapat lelaki kaya.” 

Kata Anju lagi, untuk lihat sikap sebenar lelaki ialah apabila lelaki tu dah berkemampuan. 

“Konon susah senang bersama, tapi tak ada hargai pun.” 

“Kalau korang nak tengok perangai sebenar lelaki ni, bila mereka dah ada duit. Berapa ramai lelaki yang dah senang, dia tak cari influencer lain, perempuan cantik lain. Berapa ramai yang ada lagi macam tu.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Zarina Anjoulie tentang hubungannya dengan Dato Seri Khazrul Elzey, semoga kali ini menjadi la ye sampai ke jinjang pelamin, amin.