Menerusi satu rancangan TV berjudul I Can See Your Voice, Issey ada membahan pengacaranya Shuk Sahar. Ianya tentang isu yang sedang melanda Shuk iaitu bermain kayu tiga. Malah Issey juga membahan Shuk kena dihentikan dari menjadi penyampai radio.
Video teaser berkenaan menjadi tular yang mana rata-rata dilihat terhibur. Namun ada juga mengatakan tak elok berbuat sedemikian secara live di hadapan public.
Issey akhirnya telah meminta maaf kepada Shuk Sahar tentang hal berkenaan. Walaupun mempunyai hubungan yang rapat Issey tetap meminta maaf.
“Hubungan antara saya dan Shuk memang amat rapat sejak dulu, pada tahun 2013, kami dah jadi kawan baik. Memang dah selalu sangat kalau gurau agak kasar sikit.”
“Tapi saya nak mohon maaf kepada Shuk dan juga semua yang tengok rancangan berkenaan, saya akui silap sebab gurau macam tu secara umum.”
“Walaupun kami rapat ianya bukanlah satu tiket untuk saya boleh bergurau macam tu depan umum kerana nanti orang akan salah faham.”
Lepas saja siaran tamat, Issey terus saja hubungi Shuk dan mintaa maaf tentang video yang dah jadi viral tu.
“Selepas saja program habis ditayangkan, saya terus hubungi dia untuk minta maaf. Tapi Shuk okay saja, kami siap gelak-gelak lagi.”
Apa yang berlaku itu adalah secara spontan, dan Issey akan berhati-hati selepas ini.
“Memang ayat tu spontan terkeluar dari mulut saya untuk usik Shuk. Memang saya akan lebih berhati-hati kalau nak bergurau lepas ni.”
Kata Issey lagi, ada sesetengah netizen yang menulis komen menasihatinya di laman Instagram agar tak perlu membahan Shuk seeprti itu. Issey juga ada memberi respon dan berkata dia minta maaf dan tak akan ulangi kejadian itu.
“Saya baca semua komen yang ditulis, tapi tu lah, nak buat macam mana, bedan dah jadi.”
Issey juga ada muatnaik satu video permohonan maaf di laman Instagram.
Menerusi video itu, Shuk ada berkata dia tak ada terasa hati dengan hal itu, ianya hanya bergurau saja.