Shuk jawab isu nak bermadu dan kena buatan orang

1,579 views

Kisah antara Shuk, isterinya Rossa Serra dan orang ketiga datang lagi. Kali ini Rossa Serra membuka cerita bahawa dia dah beri kebenaran untuk suaminya Shuk kahwin lain. Namun Rossa Serra mahu madunya itu menerimanya dan jug anak-anak.

Selain itu, Rossa Serra juga mendedahkan rumahnya telah dihantar ‘barang’, seperti terkena buatan orang.

Shuk akhirnya tampil menjelaskan hal yang berlaku kali ini. Pelawak ini menyatakan hubungannya dengan isteri baik saja ketika ini. Malah mereka masih tinggal sebumbung.

Hubungan kami sebenarnya taklah teruk macam yang digembar gemburkan. Saya dan isteri okey. Memang ada ‘sesuatu’ yang terjadi semasa itu. Namun setakat ini semuanya masih lagi okey.

Shuk tak menyatakan apa yang berlaku kepada Rossa Serra sehingga membuatkan Rossa terlalu emosi dan muatnaik beberapa gambar dan video, menunjukkan rumah tangganya diganggu.

Tambahnya, isterinya kini lebih matang, dan telahpun padam semua entry berkaitan hal berkenaan.

Malah kata Shuk, gambar mesej itu juga adalah isu lama.

Semua mesej itu hal lama ketika berlaku masalah kali kedua sekitar bulan Julai tahun lalu. Tak ada apa yang nak dibesarkan.

Tentang satu video menunjukkan ada orang hantar barang ke rumahnya, Shuk akui perkara itu benar-benar terjadi.

Ya, saya tahu (ada barang dihantar). Akan tetapi, saya tak tahu siapa yang menghantarnya, tak apalah sebab kita ada Allah.

Apabila ditanya tentang kenyataan Rossa Serra yang memberi lampu hijau untuk Shuk kahwin lain, pelawak ini berkata ianya jodoh namun lambat lagi akan berlaku.

Lambat lagi. Jodoh semua di tangan Tuhan,” Itulah komen Shuk menyentuh isu ini.

Shuk dan isterinya sebelum ini dilihat sibuk menguruskan perniagaan masing-masing. Shuk Sahar diketahui sedang ligat membuat promosi perniagaan air miliknya iaitu Semooth Café.