“Isteri kena masak, sediakan makanan atas meja” ~ Neelofa

1,011 views

Neelofa dan suami Pu Riz antara pasangan paling berpengaruh di Malaysia ini. Apa saja yang mereka lakukan memang sering jadi bualan ornag ramai. 

Sebagai isteri, Neelofa ada bercerita tentang ilmu yang dia belajar sebelum pelakon dan pengacara ini buat keputusan mendirikan rumah tangganya. 

Namun katanya, setelah kahwin baru dia faham erti sebenar alam perkahwinan. 

“Jujur kalau dulu ada orang tanya saya nasihat sebelum berkahwin, saya memang tak ada jawapan sebab tak tahu nak beri pesanan apa.” 

“Kini saya dah faham apa itu perkahwinan, apa itu kehidupan selepas berlakunya akad, dan saya ada satu pesanan untuk yang mahu mendirikan rumah tangga.” 

Pesanan dari Neelofa ialah mereka kena belajar ilmu alam perkahwinan sebelum berkahwin. 

“Kena belajar ilmu rumah tangga, tentang hak seorang isteri dan juga hak sebagai suami. Kalau tak faham tentang ilmu perkahwinan, dan juga tanggungjawab sebagai suami isteri, nanti akan ada banyak kesusahan, kepayahan sertacabaran yang akan melanda.”  

“Ini kerana jika isteri tidak faham dan tak tau apa yang nak kena buat dalam rumah tangga, dan suami pula yang merupakan ketua keluarga, tak jalankan peranan, maka nanti akan terpesong jauh.” 

“Ringkasnya, tanggungjawab suami adalah untuk mencari nafkah dan tanggung keluarga dari segi untuk sediakan tempat tinggal, rumah, makanan, pakaian dan sebagainya.” 

“Kalau kita ikut ajaran agama, nescaya akan diredhai.” 

“Sungguhpun suami tak ada cari rezeki sampai mencecah jutaan ringgit tetapi kalau rezeki itu halal dan berkat, itu pun cukup, akan bahagia juga.” 

Selain itu, Neelofa berkata air tangan dari isteri memang amat penting. 

“Dalam pada itu, isteri yang sepatutnya sediakan makanan di atas meja untuk keluarga. Orang zaman sekarang selalu saja fikir masak ni dah bukan lagi keutamaan kerana memang dah boleh beli, secara online contohnya.” 

“Tetapi percayalah, usaha dan kesusahan kita untuk belajar dan sediakan makanan untuk keluarga, itu semuanya akan dipandang oleh Illahi.” 

Itulah kata-kata dari Neelofa.