Ayda Jebat juri Raja Lawak musim baru

351 views

Rancangan hiburan Raja Lawak kini dah kembali tetapi kini dikenali dengan nama Awesome Raja Lawak kerana diterbitkan oleh Awesome TV.

Rancangan untuk cungkil bakat baru ini dah melahirkan banyak pelawak terkemuka tanah air, seperti Nabil, Jep, Shuib, JIhan dan ramai lagi lah.

Setelah lama tak ada, kini Raja Lawak akan kembali dengan lebih fresh pada tahun ini.

Edisi baru ini, sudah ada 14 peserta yang akan bersaing termasuk peserta solo dan juga peserta kumpulan.

Para peserta akan diadili menerusi markah dari para juri saja, semuanya seratus peratus dari juri tanpa undian dari penonton di rumah.

Dari kenyataan pihak Awesome TV, iaitu Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, rancangan Raja Lawak ini diterbitkan kerana permintaan yang tinggi untuk rancangan genre bahan jenaka.

“Rancangan jenis komedi dan lawak jenaka begitu popular di kalangan penonton dan kami jangkakan genre ini akan terus menjadi pilihan industri seni tanah air.”

“Kerana itu, pihak Awesome TV inmenganjurkan edisi baru pyang dienali dengan nama Awesome Raja Lawak untuk cari bakat pelawak yang baru.”

Apa yang menariknya, pilihan para juri telahpun dilakukan, dan ada nama besar yang terpilih. Antara yang jadi pilihan ialah pelawak dan juga pemenang Bintang Popular iaitu Saiful Apek, atau Apek Senario.

Selain itu, dua lagi juri ialah pelakon dan pengarah Khri Rahman manakala penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mencukupkan pemilihan sebagai juri ketiga.

“Kami amat berbesar hati mengalukan kehadiran nama besar iaituSaiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat sebagai juri tetap.”

Selain itu, ada beberapa mentor juga telah diberikan sebagai pembimbing peserta iaitu Ajak dari kumpulan Shiro, Atu dari kumpulan Zero dan juga Tauke dari kumpulan Jambu.

Sementara itu, pihak Awesome juga telah memilih dua pelawak sebagai hos rancangan ini.

“Sebagai kelainan, kami telah memilih Chiwan Cilok dan juga Nizam Jentik-Jentik untuk mengemudi pentas utama dengan cara mereka.”

Pihak Awesme yakin, gandingan semua yang terlibat akan menjayakan rancangan ini dengan baik.

“Semoga rancangan Awesome Raja Lawak akan jadi sebuah program yang cemerlang.”

Juara rancnagan Awesome Raja Lawak akan membawa pulang RM50ribu manaka kedua dan ketiga bawa pulang RM25ribu dan RM15ribu.

Awesome Raja Lawak akan bermula pada bulan September hari Rabu, jangan lupa layan nanti.