Isu Shuib kahwin, ini respon jujur Talita, anak perempuan Shuib

7,497 views

Kisah Shuib Sepahtu setelah pemergian isteri tercinta arwah Siti Sarah Raisuddin memang selalu saja jadi tumpuan.

Sememangnya pemergian Siti Sarah amat dirasai orang ramai terutama para peminat, rakan-rakan serta ahli keluarga.

Sudah lima bulan Siti Sarah meninggalkan kita semua, kini ramai yang selalu ikuti perkembangan Shuib dan juga keluarga termasuklah anak-anak.

Sejak kebelakangan ini, memang banyak kisah tentang pengganti buat Shuib. Antara nama yang naik dan kena petik ialah Siti Nordiana dan juga Datuk Seri Vida.

Shuib sendiri akui dia memang ada sedang mengenali hati budi seorang wanita, namun tidak diketahui siapakah gerangan orangnya.

Bercakap tentang berkahwin sekali lagi, Shuib sendiri ada bertanya kepada salah seorang anaknya iaitu anak perempuan, Talita.

Ketika itu Shuib ada pergi ke majlis persandingan rakannya yang baru saja berkahwin. Menerusi satu video di IG story miliknya, Shuib ada bertanya kepada anak perempuannya itu jika dia akan jadi pengapit jika dia kahwin.

Talita kemudian menjawab dia akan duduk atas ayahnya itu kerana tidak mahu ayahnya kahwin lagi.

Shuib: “Dekta (nama panggilan untuk Talita) mahu tak jadi pengapit untuk daddy?

Ini jawapan dari Talita: “Dekta nak duduk atas daddy, supaya daddy tak boleh kahwin.

Jawapan dari Talita yang amat jujur itu hanya disambut oleh Shuib dengan senyuman panjang sambil memegang dahinya. Ini videonya.

Sememangnya anak-anak akan lebih sukar untuk move on setelah pemergian ibu tersayang. Apatah lagi anak itu amat rapat dengan arwah ibunya itu.

Selain itu, Shuib juga ada muatnaik gambar di atas pelamin di majlis perkahwinan rakannya itu.

Rakannya itu merupakan pembantu peribadinya bernama Hakim Zaharudin. Shuib dilihat hadir bersama kesemua empat orang anak-anaknya dan juga ibu kandung serta bapa dan ibu mertuanya.